Sunday 24 March 2013

Rintih Hati Mencari Illahi

Dalam hubungan dgn Allah , kerap juga berlaku di mana kita mensia-siakan apa yg dberi oleh Allah..Kita selalu meminta kepadaNya , tetapi apabila telah ditunjukkan ..kita sendiri yg tuli dan mensia-siaknnya.Inilah yg berlaku apabila kita memohon ditunjuki jalan yg lurus.Jawapan Allah tidak kita dengar.Jalan yg ditunjukiNya tidak kita ikuti.Teladan yg ditetapkan telah kita pinggirkan.

Semua ini berpunca daripada sifat keakuan (keegoan) . Hanya mulut yg meminta , tetapi hati tidak begitu.Bila kita meminta sesuatu daripada pihak lain ertinya kta kekurangan,pihak yg lain itu yg kuat.Kita peminjam , Allah Pemilik segala-galanya yg kita inginkan.Itulah rasa yg sewajarnya ada dlm hati para peminta(hamba) berbanding dengan Pemberi (Allah)

Dalam erti kata lain, hanya jalan Allah sahaja yg benar.Kita wajib melalui jalan itu. Jangan cuba merentang jalan yg lain.Manusia hanyalah 'tetamu senja' yg mesti melalui jalan itu dalam tempoh yg sgt singkat.

Umur kita tidak lama..umpama musafir singgah sementara di pohon yg rimbun dalam 1 kembara yg panjang.Begitulah jangka masa manusia yg datang ke dunia - 1 hari di akhirat = 1000 tahun di dunia.Dan alangkah ruginya jika dalam masa sesingkat itu kita tersesat?

Sayangnya , jalan mujahadah yg lurus itu sudah tidaklurus lagi pada pandangn kita.Mengapa? Ini semua gara-gara butanya mata yg ada dlm dada..

Firman Allah :
"...kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yg buta, tetapi yg buta adalah hati yg ada dlm dada" -al-haj 46

Buta mata tidak nampak jalan di dunia, manakala buta hati tidak nampak jalan ke akhirat.Padahal kita adalah warga akhirat.Bukankah datuk kita Nabi Adam a.s. dan nenek kita Siti Hawa berasal dari syurga? Kita ingin kembali ke sana..Buta mata kerana tidak ada cahaya tetapi buta hati kerana bertuhankan hawa nafsu hingga kita tidak sanggup lagi bersusah payah di jalan mujahadah!

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Kejahatan itu menyeronokkan pada awalnya , tetapi pasti ada penyesalan apabila kita lakukan pada akhirnya.Kebaikan itu menyusahkan pada permulaan , tetapi pasti ada kemanisan bila dilakukan.Justeru , beribadatlah sehingga kita berasa letih untuk melakukn dosa.



Sumber : Buku Di Mana DIA di Hatiku..ust pahrol mohd juoi

No comments:

Post a Comment