Thursday 9 May 2013

Perhiasan Terindah Dunia

Apabila wanita itu solehah, merka ada kala lebih baik daripda lelaki. Kehidupan buruk seorang lelaki boleh diubah denga kehalusan budi dan nilai yg ada pada seorang wanita. Nama baik seorang lelaki bertambah indah dengan kebaikan isterinya. Wanita benar-benar hiasan kehidupan lelaki. Lelaki tanpa wanita adalah lelaki yg cacat tabiatnya. Allah menjadikan wanita pasangan lelaki. Mereka tempat lelaki bermanja dan mendambakan perasaan kelakian.



Nabi SAW bersabda :
 "Dunia perhiasan , dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yg solehah"- Riwayat Muslim

Ada harta, tiada wanita dalam kehidupan tiada ertinya. Ada rupa , tiada wanita tiada maknanya.Namun, wanita bagaimanakah yg lelaki perlukan dalam mengahrungi bahtera kehidupan? Ya, wanita yg solehah yg membahagiakan suami, menjaga nama baik dirinya dan suaminya.

Sabda Nabi s.a.w ditanya :
"Siapakah wanita terbaik? Jawab baginda : (Sebaik-baik wanita) dia menggembirakan suaminya apabila melihar kepadanya , mentaati suaminya apabila menyuruhnya, tidak menyanggahi suami dalam diri dan hartanya apa yg suami benci" -Riwayat al-Nasai, Ahmad & alHakim, dinilai hasan oleh al-Albani.

Sabda Nabi s.a.w juga :
"3 daripada kebahagiaan , dan 3 daripada kecelakaan. 3 kebahagiaan itu : (pertama) wanita yg engkau apabila engkau melihatnya , ia mengkagumkan engkau , apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau.." - Riwayat al-Hakim dlm al-Mustadrak , dinilai hasan oleh al-Albani



Untuk menjadikan wanita itu seorang yg baik, suaminya juga hendaklah baik. Jika tidak , kebaikan wanita akan hilang dek pandangan suami yg songsang, seperti mana hilangnya kebaikan Asiah di mata Firaun yg zalim. Suami yg baik juga tidak akan dapat dilihat kemuliaannya di mata isteri yg jahat seperti isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut a.s


buku- Penawar Duka Pengubat Sengsara ; Prof Dr Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Wednesday 8 May 2013

Solat Sunat Selepas Subuh??

Selepas solat subuh takleh solat sunat? adakah ia ye tertakhluk pada solat sunat lepas subuh sahaja atau pun solat sunat yg lain seperti solat sunat hajat?

Ruang lingkup waktu Solat sunat ini juga dijelaskan oleh hadith Nabi saw yang riwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, dari Abu Sa'id al-Khudri mengatakan bahawa beliau mendengar Nabi saw bersabda :
"Tidak ada Solat selepas Subuh sehingga terbitnya matahari dan tidak ada Solat selepas Asar sehingga terbenamnya matahari"

Hadith ini jelas menunjukkan bahawa, Solat sunat hanya boleh dilakukan hanya selepas terbitnya matahari. Cuma terdapat beberapa solat yang diberi pengecualian dilakukan ketika itu atas sebab 'terdahulu' atau sebab 'ikut serta' seperti Solat Tahiyat al-Masjid, Solat Minta Hujan, Solat Jenazah, Solat Gerhana dan Solat Qadho' atau dilakukan oleh sebab terlupa atau tertidur.

Cuma ada sebuah perbincangan lagi mengenai mengqadha' solat sunat sebelum subuh yg telah tertinggal..sprt berikut:
Waktu selepas subuh itu (sebelum matahari naik) tidak dibenarkan solat-solat sunat, kecuali Solat sunat yang mendatang; seperti Solat Tahiyatul Masjid, Solat Gerhana, Solat Jenazah, Solat Qada' dsb. Solat Dhuha hanya boleh dilakukan apabila matahari telah naik, kira2 20minit selepas waktu Syuruq.

Tetapi sebuah hadith yg sprt berikut bunyinya:
"Nabi telah melihat seorang lelaki bersolat 2 rakaat selepas menunaikan solat Subuh 2 rakaat. Nabi berkata : Adakah anda bersolat fajar dua kali? Berkata lelaki tersebut kepada Nabi : Saya tidak bersolat 2 rakaat sebelum itu, maka aku bersolat sekarang. Nabi mendiamkan diri." [Hadith Riwayat Ibn Majah #1154. Al-Albani mengkelaskan sebagai Sahih didalam Sahih Ibn Maajah #984.]
Ibn Qudamah rh didalam komentarnya mengatakan bahawa disebabkan Nabi mendiamkan diri maka qadha' solat sunat pada waktu yang ditegah dibenarkan. [al-Mughni. 2/532].

 Solat sebelum Subuh ini mempunyai fadhilat yang besar, dan Nabi walaupun didalam permusafiran tidak pernah meninggalkan Solat Sunat sebelum Fajar. Bagi mereka yang terlepas Solat Sunat sebelum Fajar, dibenarkan Qadha' solat tersebut sebaik-baiknya selepas Solat Subuh. Secara umumnya, Imam Syafie juga membenarkan mengqada' mana-mana solat pada waktu yang diharamkan bersolat.

Kesimpulannya, solat yang dilakukan didalam hadith diatas adalah solat sunat sebelum subuh, akan tetapi lelaki tersebut tidak sempat melakukannya, lalu ia mengqada'kan solat tersebut selepas solat subuh. Hadith ini juga menunjukkan bahawa Solat Sunat boleh di qada' pada waktu yang diharamkan bersolat (satu pengecualian).

 WA.

Saturday 4 May 2013

Istihadah & Haid

Istihadah adalah darah yang mengalir keluar daripada rahim wanita secara berpanjangan sama ada berterusan ataupun terputus-putus.

Dalil-dalil wujudnya istihadah

Petunjuk yg mengatakn wanita mengalami istihadah didasarkan kepada hadis-hadis Nabi Muhammad.
maksudnya : Aisyah menceritakn , Fatimah bt Abu Jasy berkata kepda Rasulullah, "Ya Rasulullah , sesungguhnya saya tidak pernah suci (iaitu terus menerus keluar darah drpd kamaluannya). Apakah saya mesti meninggalkan solat?" Rasulullah bersabda, "Sebenarnya itu hanyalah urat yg bocor & bukan darah haid.Maka apbla waktu haid sudah tiba menurut kebiasaan sebelumnya , tinggalkanlah solat.Kemudian apbila sudah berlalu waktu biasa haid yg sebelumnya , basuhlah darah itu dari tmptnya & lakukanlah solat" Direkodkan oleh Bukhari

Bersuci & ibadah semasa istihadah
bersuci dan menunaikan ibadah semasa istihadah adlh sama keadaanya sewaktu org itu suci drpd haid dan nifas. Maka, wanita beristihadah boleh menunaikan segala ibadah yg diharamkan semasa haid & nifas kecuali dlm bberpa keadaan.

Kaedah bersuci utk wanita mengalami istihdah sblm menunaikan solat :

1 ) Wanita itu hendaklah membasuh kemaluannya bagi menghilangkan darah pada faraj . Sumbat saluran faraj dgn kain ataupun kapas bg mengelakkan darah mengalir keluar kerana hukum darah itu adalah najis.Sekiranya sukar menyumbat faraj, maka diharuskan memakai tuala wanita seperti biasa. Sekiranya darah tetap mengalir ataupun menitis selepas penyumbatan dilakukan , maka solatnya tetap sah.Sekiranya berlaku semasa berpuasa, wanita itu hendaklah meletakkan kapas , kain di bhgain luar faraj tanpa perlu menyumbat ke dlmnya bg elakkan terbatalnya puasa.

2) Wuduknya perlu dilakukan selepas masuk waktu solat fardu. Wuduknya tidak boleh didahulukan sehingga tiba masa melaksanakan solat.Manakala utk solat sunat, wuduk perlu dilakukan sebelum melakukan solat itu kerana solat sunat tiada waktu yg spesifik.

3) Selepas selesai wuduk, wanita itu perlu segera menunaikan solat. Perkara yg dimaafkan apabila dilakukan di antara wuduk & solat yg menyebabkan sidikit kelewatan adlah memakai pakain solat, berjalan ke masjid, iqamat dan menunggu jemaah lain utk solat jemaah.

Sekiranya darah istihadah itu berhenti sepenuhnya selepas menunaikan solat, Hukum solatnya adlh sah manakla wuduknya terbatal. Wanita itu perlu berwuduk baru sekiranya ingin meneruskan dgn solat2 sunat.

*
1.Tempoh minumum haid
Masa kedatangan haid yg paling pendek adalah sehari semalam.Terdpt 2 keadaan bg menjelaskan masalah ini :

a) haid itu keluar berterusan melalui faraj ataupun hanya terdapat darah di dlam saluran faraj tanpa mengalir keluar drpd faraj selama 24 jam.Keadaan ini boleh disahkan dgn memasukkan kapas ke dlm saluran faraj & didapati kapas itu mempunyai kesan darah
b)Apabila darah mengalir secra putus2 dalam masa 15 hari 15 malam ataupun kurang.Masa suci antara darah yg keluar terputus2 itu masih dikira dlm tempoh haid.

2.Tempoh maksimum haid
Tempoh haid yg terpanjang adalah 15 hari 15 malam.

3.Tempoh suci.  
Tempoh minimum waktu suci antara 2 haid adlah 15 hari 15 malam . Tiada had maksimum utk tempoh suci ini.

 

sumber : buku Fikah Perubatan.

Setakat itu sahaja dahulu perkongsian saya pada hari ni..semoga anda semua mendapat syafaat dan redha Allah.. ^_^ v  
 

 

Bagaimana mengambil air sembahyang dgn keadaan yg berbalut?

Assalamua'alaikum w.b.t dan selamat sejahtera semua ^_^
Dah lama tak update blog ni..sebenarnya post kali ni dah lama nak wat..cuma tak tertaip je ..he3..

Sebelum ni , semasa saya menjalankan praktikal kat Hospital Segamat...saya dpt seorang pesakit lelaki ni yg tangan nya bersimen..mcm biasa..tugas kami sebagai Jurupulih Carakerja adalah untuk menilai keberdikarian pesakit dalam aktiviti hariannya..saya tanya pesakit yg saya rawat.."ni tangan berbalut ni..mcm mana nak solat? ambil air sembahyang mcm mana?"

Pesakit saya cakap..dia tak solat..di kata keadaan tangan mcm ni watkan dia takleh nak ambil air sembahyang dan melakukan solat..waktu tu saya dah rasa serba salah dgn dri saya sendiri..terasa berdosalak diri tak dpt nak bgtahu dia mcm mana nak ambil air solat kalo tangan dlm keadaan begitu..mana tak yer..ilmu di dada ni tak cukup lagi nak terangkan mcm mana..

Balik dari kerja tu..saya terus buka buku Fikah Perubatan..terus saya cari penyelesaainnya..ni adalah sedikit perkongsian bagaimna kita nak ambil air sembahyang apabila berada dlm keadaan berbalut..

Menyapu di atas Al-Jabirah & Al-'Ishabah :
Al-Jabirah ialah benda yg diletakkan d atas tulang yg patah supaya ia dpt bersambung kembali.Istilah perubaran moden menyebutnya sebagai tampalan, balutan ataupun penggunaan plaster Paris.Al-'Ishabah adalah kain ataupun seumpamanya yg digunakan bg membalut luka.



 Hujah syarak yg membolehkan menyapu di atas pembalut :
dalil sunnah :
Jabir melaporkan dengan berkata, "Kami telah keluar bermusafir.Tiba2 salah seorang lelaki yg bersama kami tertimpa batu lalu kepalanya luka. Kemudian dia bermimpi basah (ketika tidur). Lalu dia bertanya kpd kawan2nya, " adakah kamu berpendapat terdapat rukhsah untuk aku bertayamu?".Kawan2nya menjawab, "Kami dapati tiada keringanan utk kamu bertayamum disebabkan kamu mampu memperoleh air." Lalu lelaki itu mandi dan kemudiannya mati (akibat mandi) . Ketika kami sampai kepada Rasulullah dan menceritakan hal itu, berkatalah nabi, "Mereka membunuhnya , semoga Allah memerangi merka. Mengapa mereka tidak bertanya apabila tidak tahu?sesungguhnya ubat kebodohan itu adalah bertanya.Memadai untuknya bertayamum , membalut dgn kemas lukanya menggunakan kain & menyapu ke atasnya serta mandi pada seluruh tubuhnya." (Direkodkan oleh Abu Daud & Imam Baihaqi)

Hadis di atas menunjukkan org itu boleh meletakkan kain pembalut di atas luka dan mengusap ke atasnya apabila mahu bersuci.

Hukum menyapu di atas jabirah dan 'ishabah
Majoriti ulama seperti mazhab Maliki , Syafii dan Hanbali berpendapat hukum meyapu ke atas jabirah adalah wajib dgn menggunakan air setakat termampu.

Kadar air yg perlu disapu ke atas jabirah
Majoriti fuqaha' daripada mazhab Syafii, Maliki & Hanbali berpendapat wajib meyapu keseluruhan pembalut menggunakan air setakat yg boleh.Ini sebagai ganti menyapu anggota yg sakit di bawahnya. Apa lagi ini tidak memudaratkan.

Allah berfirman :
maksudnya ; Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung kesusahan (kepayahan) tetapi Dia mahu membersihkan (mensucikan) kamu & hendak menyempurnakan nikmatNya kpd kamu supaya kamu bersyukur.

sumber : buku Fikah Perubatan...