Wednesday 8 May 2013

Solat Sunat Selepas Subuh??

Selepas solat subuh takleh solat sunat? adakah ia ye tertakhluk pada solat sunat lepas subuh sahaja atau pun solat sunat yg lain seperti solat sunat hajat?

Ruang lingkup waktu Solat sunat ini juga dijelaskan oleh hadith Nabi saw yang riwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, dari Abu Sa'id al-Khudri mengatakan bahawa beliau mendengar Nabi saw bersabda :
"Tidak ada Solat selepas Subuh sehingga terbitnya matahari dan tidak ada Solat selepas Asar sehingga terbenamnya matahari"

Hadith ini jelas menunjukkan bahawa, Solat sunat hanya boleh dilakukan hanya selepas terbitnya matahari. Cuma terdapat beberapa solat yang diberi pengecualian dilakukan ketika itu atas sebab 'terdahulu' atau sebab 'ikut serta' seperti Solat Tahiyat al-Masjid, Solat Minta Hujan, Solat Jenazah, Solat Gerhana dan Solat Qadho' atau dilakukan oleh sebab terlupa atau tertidur.

Cuma ada sebuah perbincangan lagi mengenai mengqadha' solat sunat sebelum subuh yg telah tertinggal..sprt berikut:
Waktu selepas subuh itu (sebelum matahari naik) tidak dibenarkan solat-solat sunat, kecuali Solat sunat yang mendatang; seperti Solat Tahiyatul Masjid, Solat Gerhana, Solat Jenazah, Solat Qada' dsb. Solat Dhuha hanya boleh dilakukan apabila matahari telah naik, kira2 20minit selepas waktu Syuruq.

Tetapi sebuah hadith yg sprt berikut bunyinya:
"Nabi telah melihat seorang lelaki bersolat 2 rakaat selepas menunaikan solat Subuh 2 rakaat. Nabi berkata : Adakah anda bersolat fajar dua kali? Berkata lelaki tersebut kepada Nabi : Saya tidak bersolat 2 rakaat sebelum itu, maka aku bersolat sekarang. Nabi mendiamkan diri." [Hadith Riwayat Ibn Majah #1154. Al-Albani mengkelaskan sebagai Sahih didalam Sahih Ibn Maajah #984.]
Ibn Qudamah rh didalam komentarnya mengatakan bahawa disebabkan Nabi mendiamkan diri maka qadha' solat sunat pada waktu yang ditegah dibenarkan. [al-Mughni. 2/532].

 Solat sebelum Subuh ini mempunyai fadhilat yang besar, dan Nabi walaupun didalam permusafiran tidak pernah meninggalkan Solat Sunat sebelum Fajar. Bagi mereka yang terlepas Solat Sunat sebelum Fajar, dibenarkan Qadha' solat tersebut sebaik-baiknya selepas Solat Subuh. Secara umumnya, Imam Syafie juga membenarkan mengqada' mana-mana solat pada waktu yang diharamkan bersolat.

Kesimpulannya, solat yang dilakukan didalam hadith diatas adalah solat sunat sebelum subuh, akan tetapi lelaki tersebut tidak sempat melakukannya, lalu ia mengqada'kan solat tersebut selepas solat subuh. Hadith ini juga menunjukkan bahawa Solat Sunat boleh di qada' pada waktu yang diharamkan bersolat (satu pengecualian).

 WA.

No comments:

Post a Comment