Saturday 4 May 2013

Bagaimana mengambil air sembahyang dgn keadaan yg berbalut?

Assalamua'alaikum w.b.t dan selamat sejahtera semua ^_^
Dah lama tak update blog ni..sebenarnya post kali ni dah lama nak wat..cuma tak tertaip je ..he3..

Sebelum ni , semasa saya menjalankan praktikal kat Hospital Segamat...saya dpt seorang pesakit lelaki ni yg tangan nya bersimen..mcm biasa..tugas kami sebagai Jurupulih Carakerja adalah untuk menilai keberdikarian pesakit dalam aktiviti hariannya..saya tanya pesakit yg saya rawat.."ni tangan berbalut ni..mcm mana nak solat? ambil air sembahyang mcm mana?"

Pesakit saya cakap..dia tak solat..di kata keadaan tangan mcm ni watkan dia takleh nak ambil air sembahyang dan melakukan solat..waktu tu saya dah rasa serba salah dgn dri saya sendiri..terasa berdosalak diri tak dpt nak bgtahu dia mcm mana nak ambil air solat kalo tangan dlm keadaan begitu..mana tak yer..ilmu di dada ni tak cukup lagi nak terangkan mcm mana..

Balik dari kerja tu..saya terus buka buku Fikah Perubatan..terus saya cari penyelesaainnya..ni adalah sedikit perkongsian bagaimna kita nak ambil air sembahyang apabila berada dlm keadaan berbalut..

Menyapu di atas Al-Jabirah & Al-'Ishabah :
Al-Jabirah ialah benda yg diletakkan d atas tulang yg patah supaya ia dpt bersambung kembali.Istilah perubaran moden menyebutnya sebagai tampalan, balutan ataupun penggunaan plaster Paris.Al-'Ishabah adalah kain ataupun seumpamanya yg digunakan bg membalut luka.



 Hujah syarak yg membolehkan menyapu di atas pembalut :
dalil sunnah :
Jabir melaporkan dengan berkata, "Kami telah keluar bermusafir.Tiba2 salah seorang lelaki yg bersama kami tertimpa batu lalu kepalanya luka. Kemudian dia bermimpi basah (ketika tidur). Lalu dia bertanya kpd kawan2nya, " adakah kamu berpendapat terdapat rukhsah untuk aku bertayamu?".Kawan2nya menjawab, "Kami dapati tiada keringanan utk kamu bertayamum disebabkan kamu mampu memperoleh air." Lalu lelaki itu mandi dan kemudiannya mati (akibat mandi) . Ketika kami sampai kepada Rasulullah dan menceritakan hal itu, berkatalah nabi, "Mereka membunuhnya , semoga Allah memerangi merka. Mengapa mereka tidak bertanya apabila tidak tahu?sesungguhnya ubat kebodohan itu adalah bertanya.Memadai untuknya bertayamum , membalut dgn kemas lukanya menggunakan kain & menyapu ke atasnya serta mandi pada seluruh tubuhnya." (Direkodkan oleh Abu Daud & Imam Baihaqi)

Hadis di atas menunjukkan org itu boleh meletakkan kain pembalut di atas luka dan mengusap ke atasnya apabila mahu bersuci.

Hukum menyapu di atas jabirah dan 'ishabah
Majoriti ulama seperti mazhab Maliki , Syafii dan Hanbali berpendapat hukum meyapu ke atas jabirah adalah wajib dgn menggunakan air setakat termampu.

Kadar air yg perlu disapu ke atas jabirah
Majoriti fuqaha' daripada mazhab Syafii, Maliki & Hanbali berpendapat wajib meyapu keseluruhan pembalut menggunakan air setakat yg boleh.Ini sebagai ganti menyapu anggota yg sakit di bawahnya. Apa lagi ini tidak memudaratkan.

Allah berfirman :
maksudnya ; Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung kesusahan (kepayahan) tetapi Dia mahu membersihkan (mensucikan) kamu & hendak menyempurnakan nikmatNya kpd kamu supaya kamu bersyukur.

sumber : buku Fikah Perubatan...

No comments:

Post a Comment