Thursday 21 February 2013

Allah itu Dekatt Sangat Dengan Kita (^^,)


Kisah ni bermula apabila kali pertama jejakkkan kaki ke matrikulasi...first time dapat tawaran ke sana memang gembira.yelah benda yg diimpikan tercapai..sape tak gembirakan..awal pg bertolak berkobar2 nak msuk ke sana lagi2 bila kawan masa skola ramai dapt kat sana...permulaan pelajaran memang terasa ringan dan mudah nak capai..tapi siang yg disangkakan panas hingga ke petang hujan di tengahari (seperti musim sekarang yg tak berhenti2 hujan ..he3)..

masa keputusan ujian pertengahan semester kuar nama sy tercalon dalam nama pelajar yg lemah..kalo dah tercalon tu apa lagi alamatyer.1 ari tu pelajar2 yg lemah ni dikumpul utk dgr ucapan dr pengarah..ya Allah..barulah sy rasa mcam mana rasa yer bila jatuh..betul kata pepatah..sepandai-pandai tupai melompat akhir yer akan jatuh ke tanah juga..sy masih teringat ayat2 motivasi yg dberi oleh pengarah.."KEGAGALAN BUKANLAH BEERTI ANDAS SEORANG YG GAGAL,IA HANA BEERTI ANDA MASIH BOLEH BERJAYA LAGI..KEGAGALAN BUKANLAH BEERTI ANDA TIDAK MENCAPAI APA-APA,IA SEBENARYER BEERTI ANDA SUDAH MEMPELAJARI SESUATU..KEGAGALAN BUKANLAH BEERTI ANDA SEORANG YG BODOH KERANA MENCUBA. IA BEERTI ANDA BERANI,ANDA BERHATI TEGUH,BERSEMANGAT WAJA DAN KEGAGALAN JUGA BUKANLAH BERMAKNA ANDA TIDAK BERJAYA, IA HANYALAH BERMAKNA ANDA MEMERLUKAN SEDIKIT MASA LAGI."..bila anda berada dalam situasi diri ini dan menerima dorongan begini apa anda rasa??bersemangat??berkobar2 utk bangun semula dr bawah??

Selepas berjumpa dengan pengarah..sy mula bangun dr mimpi dan angan2 kosong sy selama ni.sy berjumpa kaunselor utk mendaptkan nasihat.."sy pun nak berjaya dan tersenyum dgn puas bersama rakan2 lain"..bentak hati ..sy nak mak & ayah bangga dengan kejayaan sy..sy kuatkan azam  semula..dalam masa sy bangkit...sy dpertemukan oleh Allah dengan seorang pensyarah yg banyak melalui dugaan hidup..beliaulah yg banyak mengajar sy erti kehidupan..

dalam sy bangkit..sy dapat rasakan di mana kelemahan sy dan kekuatan dalam diri sy sendiri..kelemahan sy adlah sy tak leh beljar dan menerima pelajaran yg sy tak boleh nak nmpk di depan mata...kimia dan math adalah matapelajaran yg buatkan sy terasa berat utk menerima..setiap kali ada kuiz sy tak dapt nak perform dgn baik..sy juga pernah dimarahi oleh pensyarah depan pelajar2 lain kerana tak dapt jawab soalan yg dberi..hanya Allah yg tahu bagaimana hati ini rasa.. nak meraung sekuat2 kuat yer..sy lihat kawan2 lain dapt wat yg terbaik..tak de lagi tempat utk sy luahkan segala2 yer..balik jer dr kelas..sy menangis sepuas2 hati.."ya Allah..berilah aq petunjuk.."sy haye mampu berdoa..selepas tu sy buka radio IKIM..memang setiap kali sy tension mahupun gembira..radio ni lah yg akan dibuka..tanpa disangka..sebaik sahaja sy buka radio..tahu apa yg dikatakan oleh juruhebah itu??ni ayat yer..."jangan ditangisi dengan perkara yg berlaku ari ini kerana mungkin ia akan membawa kejayan pada ari esok..."...subhanaAllah.waktu tu sy rasa tersentap dan bersyukur pada Allah kerana menyedarkan diri ini..alhamdulillah..

setiap kali lepas solat sy akn menitiskan air mata kerana diri rasa tidak dapt bawa pelajaran..tak de ker bidang yg tak perlukan kimia dan math??meronta2 hati sy...akhirya dalam seminggu sebelum peperiksaan akhir semester sy dberitahu mendapt tawaran temuduga utk separa perubatan..makne yer lepas ambil pekse sy akan duduki temuduga pula..niat sy waktu itu haya utk perbetulkan semula diri,bermula dr bawah semula, buatkan mak dan ayah tersenyum
dgn kejayaan  sy, & nak bantu ringankan beban ayah selama ni..

apa yg anda bayangkan ttg keputusan periksa akhir diri ini??he3..masa terima tu..nak menangis diwat yer..tapi 1 jer yg menguatkan diri ni..nak tahu apa??(he3.tak nak tahupun diri ni akan bgtahu..he3)..kata pensyarah yg mengajar ttg kehidupan tu.."KALO KITA REDHA DENGAN KETENTUAN YG DITETAPKAN PADA DIRI KITA..KITA AKAN DIBUKAKAN PINTU/JALAN YG LAIN..YG PENTING..KITA PERCAYA DENGAN KUASA ALLAH YG MAHA BESAR..".kalo boleh tak nak wat mak dan ayah rasa bimbang dgn masa depan ankyer ni..diri ni masa tu rasa masa depan dah hampir nak gelap..(tapi taklah terlampau gelap)he3..

petang tu memang cuba menguatkan diri..kalo boleh berharap sangat agar Allah beri peluang ke2 pada diri ni tuk perbetulkan segala yer..dalam waktu magrib masa tu.sorang kawan datang memberitahu sesuatu yg mengejutkan diri ni.."naz..ko dapt tawaran SPA kos jurupulih perubatan cara kerja"...Ya Allah..masa tu rasa macam 1 mimpi yg terlampau indah..tak dapat nak luahkan macam mana.."dapt tahu jer berita tu..terus telefon mak n ayah..alhamdulillah..mak dan ayah gembira sangat. macam biasalah kalo dah SPA ni...sumer ditanggung kerajaan dan kuar2 jer dah dapt kerja..takdelah wat mak n ayah risau lagi(^^,)..lagi 1..kos ni juga tak belajar math dan kimia..he3..akhiryer..tanggal 1/1/11 , 2 tahun lepas bermulalah kisah kehidupan sy sebagai pelatih di kolej kesihatan bersekutu johor bahru...akan sy perbetulkan semula sumer yer..insyaAllah..TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA SENTIASA MENDENGAR SEGALA ISI HATI DAN DOA KU SELAMA NI..takkan sy sia2 kan peluang ke2 yg Engkau berikan ini..insyaAllah..



 Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way


Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray


OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insyaallah x3
Insya Allah we’ll find the way


*cerita ni bukanlah utk membangga2kan diri tapi utk memberi tahu kepada semua bahawa Allah itu maha Mendengar dan Allah tidak akan biarkan kita hambaye berada dalam kedukaan ..setiap yg Allah tetapkan itu pasti ada hikmahyer dan percayalah setiap kejadian pasti ada kebaikan...

"..boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui.."(al-Baqarah:216)..

Waallahu'alam...maaf andai ada silap dan salah...

RAHSIA DI SEBALIK HURUF NAMA menurut buku DR HM TUAH

A - anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda
B - anda selalu berwaspada bila bertemu kenalan baru
C - anda ada kelebihan,jangan malu mempamerkannya
D - anda ada masalah dalam mempercayai orang lain
E - anda sentiasa seorang yg excited
F - semua orang menyayangi anda
G - anda ada cara sendiri untuk menilai manusia
H - anda bukan seorang judgemental,tiada otak keadilan
I - anda mudah senyum dan boleh buat orang lain tersenyum
J - anda seorang yang cemburu
K- anda suka mencuba perkara-perkara baru
L- anda sangat percaya dengan cinta dan mudah tenggelam dalamnya
M- kejayaan mudah datang kepada anda
N - anda suka bekerja,tapi selalu mahukan kerehatan
O - anda seorang yg berfikiran terbuka
P - anda seorang yg mudah berkawan dan mudah memahami
Q - anda seorang hipokrit , pentingkan diri sendiri
R - anda seorang yg gemar bersosial
S - anda sangat broad-minded
T - anda ada sikap canggih , amat canggih
U - anda merasakan anda ada ciri2 istimewa setanding dengan orang lain
V - fizikal anda baik sekali
W- anda suka menyendiri
X - anda tidak akan benarkan orang bagitahu anda apa yg patut anda buat
y - anda selalu penyebab banyak masalah
Z - anda selalu bergaduh dgn seseorang
sekadar panduan mengenal diri dan mengenal pasangan anda baik dia suami,isteri,boyfriend mahupun girlfriend.Ingat,tak wajib betul , harus salah. Yang betul itu kebetulan.Jika ia baik rangsang terus,jika salah itu juga kebetulan.Jika ia tidak baik maka hapus terus.
Semuanya Allah punya kuasa, tapi tentu setiap sesuatu ada rahsia yg tersembunyi,kalau sekarang baru tahu bukan bermakna ia tidak ada,tapi kita yg belum jumpa.

Wednesday 20 February 2013

Pengalaman ku di Segamat

Assalamu'alaikum w.b.t..ari ni nak kongsi cerita ttg pengalaman berpraktikal di Hospital Segamat..Alhamdulillah..kat hospital ni bertemu dgn org2 yang baik hati dan tabah..tahniah org Segamat!!! tu yg buat diri ni tambah2 sayang dgn daerah ni..he3..

Berbagai2 keadaan telah diri ni saksikan..dari keadaan yg masih berdarah hinggalah tampak baik secara luaran..sebelum ni ada diceritakan ttg pesakit tetraplegia tu kan?yg gembira menerima keadaaannya..alhamdulillah..bidang yg Allah tetapkan ni banyak memberi kesedaran dalam hidup..

Pesakit2 yang datang semuanya akan kami nilai kerjanya dari dia bangun pagi sampailah dia tido..ada seorang pesakit tu brachial plexus injury..kalo nak ikutkan diagnosis ye poor..kat rumah pun dia tak wat senaman..splint yg kami bagi pun dia tak nak pakai..sedangkan tu baik utk dirinya..setiap kali dia dtg department, bila ditanya..dia senyum je (tanda tak compliance dgn rawatan)..aduhai..pelik betul dgn pesakit ni..mungkin masih muda..buatkan dia masih enjoy dgn kehidupan mcm tu..

Pesakit yg seterusnya pula adalah pesakit burn..Ya Allah..tulah kali pertama tgk kulit yg tebal dan bertampal2..ngeri tgk..kulit masih berwarna merah dan ada bengkak2 hitam..kami bagi rawatan pemakaian Pressure Garment untuk mengurangkan hypertrophic scar..yg ni menyedarkan diri ni ttg azabnya neraka tu..tahu kenapa?kerana cuba anda bayangkan..yang mereka ni kena adalah api dunia...bukan api akhirat..yg mereka kenakan ni pun dah teruk,mcm mana dgn akhirat nanti?
Dalam al-quran ada menyebut...
"Sesungguhnya orang2 yg berdosa itu akan kekal di dalam Neraka Jahanam.Tidak diringankan azab itu dari mereka , dan mereka berada di dalamnya dalam keadaan putus asa.Tidaklah Kami menzalimi mereka tetapi merekalah yg menzalimi mereka sendiri . Dan mereka merayu dengan berkata : 'Wahai Malik (malaikat yg menjaga neraka), biarlah Tuhan kamu membunuh saja kami ', lalu Malaikat Malik menjawab : 'Kamu tetap akan tinggal d dalam neraka itu' "(Az-Zukhruf 43: 74-77)
Ada ayat dalam al-quran yang menyatakan bahawa azabnya neraka tu sampai mendidih otak ..na'uzubillah min zalik..

Seterusnya adalah pesakit stroke..pak cik ni dah 2 tahun mendapat penyakit ni..tak boleh jalan terlalu lama..bila beborak dgn pakcik ni..terasa macm berborak dgn arwah atuk..hu3..masa bagitahu pakcik ni ada peningkatan dari segi kefungsian dan julat pergerakan sendi..pakcik tu akan sebut "alhamdulillah"..buat apa2 rawatan pun akan mula dgn bismillah..rasa gembira hati ni bila tgk pesakit gembira dgn perubahan positif diri..bila ada pesakit tu dah 2 tahun masih tiada perubahan..kadang2 rasa mcm diri ni susah hati..yelah.tiada apa yg mampu lagi dilakukan..

Bagi seorang pakcik ni pula cedera akibat kemalangan motor dgn motor..sbb tu diri ni fobia ckit dgn motor..mana taknya..sebelum ni pun dah banyak kali nampak depan mata orang bawa motor tu tergelincir tgh jalan..nasib baik tak melibatkan kenderaan lain..luka2 mereka..ada tu bila tgk kemalangan hingga ada mayat terbaring yg ditutup..memang diri ni akan terus senyap seketika tanpa berkata apa2..takut dan berdebar2 dgn kematian yg tanpa diundang..maaf kepada penunggang motor diluar sana..bukan nak kata anda semua akan tempuhi kecederaan..tapi berhati2lah ye menunggang..jgn mencelah2 dan bawa laju sgt..kalo diri ni duk kat kereta pun mmg takut bila tgk org bawa motor mencelah2 secara dekat dgn kenderaan lain..pakcik tu berdarah banyak tupun dah masuk besi..susah pakcik tu nak bernafas..kesian tgk keadaan dia..Kalo ada kawan bawa motor pun,saya akan naik juga..tapi kalo bawa terlalu laju pun saya takut juga..jadi dia akan bawa slow je..banyak kes saya tgk,adalah melibatkan motor..lagi sekali saya mohon maaf kalo ada yg terasa..tapi saya tabik dgn anda kerana berani dan tahan lasak (^^,)cuma jaga keselamatan itu penting..

Pesakit yg saya jumpa ini adalah seorang budak 19 tahun..seorang lelaki yang kuat bekerja dan tidak ada rehat baginya..malam pun bekerja mencari duit..kalo tgk dia..kdg2 org pasti akan bagi tanggapan yg dia adalah seorang budak bermasalah..mukanya manis je..jarang tgk budak laki sekarang yang amat manja dgn adiknya..mak dia cakap..sebelum dia cedera ni..setiap kali balik kerja..dia pasti akan timang2 adik perempuan dia berumur 7 tahun..tgh2 sakit ni pun adik dia nak main buaian kat tgn dia..comel lak perangai dia ni walaupun salu melibatkan diri dgn kawan2 ye kat luar dan menganggotai sebuah kumpulan ..kat sini pengajaran yg dpt adalah don't judge a book by its cover...kenali dulu org itu sebelum kita labelkan dia..

Banyak lagi nak dikongsi..tapi otak terasa jamm pulak ...he3.jari pun dah penat nak menaip..jadi saya berhenti di sini dulu..maaf atas segala salah silap saya..
Semoga anda semua dalam rahmat Allah..Ameen ya Rabb...

 
 

Tuesday 19 February 2013

Apa itu Jurupulih Carakerja??

Apa itu Jurupulih Carakerja?? jika saya kata saya dalam bidang ni pada kawan-kawan mahupun orang luar,pasti mereka akan buat muka pelik dan tertanya2 mengenai bidang ini..ada itu akan kata.."fisioterapi ker? awak urut2 org tu ker? nursing ker? " memang ayat2 ni dah sebati dengan diri ni dan kawan2 lain..kadang2 bila kita dah explain, mereka ttp kata benda yg sama..aduhai..bila dah malas nak layan..kadang2 ckp je.."a'ah..lebih kuranglah tu.."

Mula2 dpt bidang ni..ayah dan emak tertanya2 juga kos ni..jarang dgrlah katakan...Oleh itu, tergerak hati dan jari jemari ni nak menulis mengenai bidang ini..

Jurupulih Perubatan Carakerja atau Occupational Therapy ini adalah suatu kerjaya yang memberi fokus kepada rawatan pemulihan ke atas individu yang mengalami kecacatan anggota, gangguan mental, berpenyakit dan uzur untuk menjalani kehidupan berdikari , produktif dan bermakna.

Antara desripsi tugasnya pula adalah :
  • menyedia dan mengendalikan program rawatan yang disesuaikan dengan keperluan pesakit bagi mempertingkatkan keupayaan pesakit dlam menjalankan aktiviti harian.
  • mengendalikan penilaian dan mencadangkan pengubahsuaian yg perlu ada kediaman , persekitaran dan tempat bekerja untuk membolehkan pesakit hidup berdikari.
  • memberi presktipsi dan latihan menggunakan alat-alat bantuan sementara / kekal berdasarkan keperluan pesakit.
  • memberi pendidikan , nasihat serta cara penjagaan yang berkesan dan selamat kepada pesakit , ahli keluarga dan penjaga.
Masih belum dapat gambaran mengenai bidang ini? saya sediakan sedikit gambaran mengenai department OT dimana tempat saya melakukan praktikal..

ini adalah pintu masuk department..bawahnya pula adalah tempat menunggu bagi pesakit2 mendapatkan rawatan sambil ditemani keluarga dan buku itu pula adalah buku daftar pesakit2 yang mendaptkan rawatan.


sebelah kanan gambar bahagian atas dan bawah adalah antara rawatan ransangan sensori yang akan diberi kepada pesakit2 kanak..bahagian atas sebelah kanan pula adalah bahagian kami menjahit sleeve, glove, pants, baju kepada pesakit2 burn yg dipanggil pressure garment..kiranya dalam kos ini perlu basic menjahit juga :) tetapi bagi yg tiada akan diajar..bawahnya pula adalah bekas untuk kami membentuk splint..
ini adalah bilik fizikal dimana kami memberi rawatan kepada pesakit2 yg alami masalah neorologikal,ortopedik dan surgical menjalankan rawatan..barang2 tersebut akan diberi kepada pesakit bagi meransang penigkatan julat pergerakan sendi supaya pesakit dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa.



 Ada 1 bilik lagi saya tidak sempat nak menangkap gambar untuk dijelaskan..tapi anda pasti dapat gambarkan kerana bilik tersebut adalah seperti sebuah dapur yg terdapat segalanya2.. kami memanggil bilik tersebut sebagai bilik IADL (Instrument Activity Daily Living)..

OT ni lebih kepada kita ingin mengembalikan semula kefungsian pesakit dalam melakukan aktiviti seharian dengan keadaan dan limitasi pesakit setelah mendapat kecederaan mahupun kemalangan..kami juga akan memberi aid dan adaptation kepada pesakit2 yg dirujuk oleh doktor untuk memakainya..
.               







Monday 18 February 2013

Hukum jama' solat dalam keadaan istihadah??

Apabila seorang perempuan berada dlm keadaan istihadah,air sembahyang hanya sah pada 1 waktu saje..Persoalannya,adakah apabila kita berada dalam keadaan musafir dan ingin melakukan jamak, kita tetap kena ambil 2 kali air sembahyang?apa hukumnya jika kita menggunakan air sembahyang yg awalnya utk kedua-dua solat tersebut?

Istihadhah ialah darah yang keluar dari kemaluan wanita melebihi maksimum tempoh haid atau nifas.
Wanita yang istihadhah wajib solat tidak seperti wanita haid.

Setiap kali masuk waktu solat, atau apabila dia hendak mendirikan solat fardhu, dia hendaklah membersihkan darah di kemaluan dan memakai tuala wanita yang bersih. Selepas itu, ambil wudhuk dan terus solat. Wudhuk yang diambil itu sah untuk menunaikan satu solat fardhu sahaja, di samping boleh melakukan solat-solat sunat. Inilah pendapat jumhur.

Terdapat pandangan setengah ulamak bahawa wanita istihadhah harus menjamakkan solat zohor dengan asar dan maghrib dengan isya’. Pendapat ini dikemukan oleh Ibn Taimiah di dalam kitabnya, “Majmu’ Fatawa”. Katanya:
“Dan harus jamak bagi orang sakit dan wanita istihadhah.” (24/14)
Beliau juga menyebut: “Dan harus jamak mereka yang tidak dapat menyempurnakan taharah dalam dua waktu kecuali dengan susah payah seperti wanita istihadhah dan orang yang seumpama dengannya.” (24/48)
Pendapat ini didasarkan kepada rukhsah yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana terkandung di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmizi.
Pendapat ini disokong oleh Syaikh Ibn ‘Uthaimin. Beliau berkata: “Harus bagi wanita istihadhah menjamakkan solat zohor dengan asar dan maghrib dengan isya’ kerana sukar ke atasnya berwudhuk setiap kali solat.”

Berbalik kepada persoalan waktu musafir, berdasarkan jawapan di atas, maka waktu musafir juga adalah situasi yg sama - sekali wudhu' untuk sekali jamak...
Allahu A’lam.