Wednesday 20 February 2013

Pengalaman ku di Segamat

Assalamu'alaikum w.b.t..ari ni nak kongsi cerita ttg pengalaman berpraktikal di Hospital Segamat..Alhamdulillah..kat hospital ni bertemu dgn org2 yang baik hati dan tabah..tahniah org Segamat!!! tu yg buat diri ni tambah2 sayang dgn daerah ni..he3..

Berbagai2 keadaan telah diri ni saksikan..dari keadaan yg masih berdarah hinggalah tampak baik secara luaran..sebelum ni ada diceritakan ttg pesakit tetraplegia tu kan?yg gembira menerima keadaaannya..alhamdulillah..bidang yg Allah tetapkan ni banyak memberi kesedaran dalam hidup..

Pesakit2 yang datang semuanya akan kami nilai kerjanya dari dia bangun pagi sampailah dia tido..ada seorang pesakit tu brachial plexus injury..kalo nak ikutkan diagnosis ye poor..kat rumah pun dia tak wat senaman..splint yg kami bagi pun dia tak nak pakai..sedangkan tu baik utk dirinya..setiap kali dia dtg department, bila ditanya..dia senyum je (tanda tak compliance dgn rawatan)..aduhai..pelik betul dgn pesakit ni..mungkin masih muda..buatkan dia masih enjoy dgn kehidupan mcm tu..

Pesakit yg seterusnya pula adalah pesakit burn..Ya Allah..tulah kali pertama tgk kulit yg tebal dan bertampal2..ngeri tgk..kulit masih berwarna merah dan ada bengkak2 hitam..kami bagi rawatan pemakaian Pressure Garment untuk mengurangkan hypertrophic scar..yg ni menyedarkan diri ni ttg azabnya neraka tu..tahu kenapa?kerana cuba anda bayangkan..yang mereka ni kena adalah api dunia...bukan api akhirat..yg mereka kenakan ni pun dah teruk,mcm mana dgn akhirat nanti?
Dalam al-quran ada menyebut...
"Sesungguhnya orang2 yg berdosa itu akan kekal di dalam Neraka Jahanam.Tidak diringankan azab itu dari mereka , dan mereka berada di dalamnya dalam keadaan putus asa.Tidaklah Kami menzalimi mereka tetapi merekalah yg menzalimi mereka sendiri . Dan mereka merayu dengan berkata : 'Wahai Malik (malaikat yg menjaga neraka), biarlah Tuhan kamu membunuh saja kami ', lalu Malaikat Malik menjawab : 'Kamu tetap akan tinggal d dalam neraka itu' "(Az-Zukhruf 43: 74-77)
Ada ayat dalam al-quran yang menyatakan bahawa azabnya neraka tu sampai mendidih otak ..na'uzubillah min zalik..

Seterusnya adalah pesakit stroke..pak cik ni dah 2 tahun mendapat penyakit ni..tak boleh jalan terlalu lama..bila beborak dgn pakcik ni..terasa macm berborak dgn arwah atuk..hu3..masa bagitahu pakcik ni ada peningkatan dari segi kefungsian dan julat pergerakan sendi..pakcik tu akan sebut "alhamdulillah"..buat apa2 rawatan pun akan mula dgn bismillah..rasa gembira hati ni bila tgk pesakit gembira dgn perubahan positif diri..bila ada pesakit tu dah 2 tahun masih tiada perubahan..kadang2 rasa mcm diri ni susah hati..yelah.tiada apa yg mampu lagi dilakukan..

Bagi seorang pakcik ni pula cedera akibat kemalangan motor dgn motor..sbb tu diri ni fobia ckit dgn motor..mana taknya..sebelum ni pun dah banyak kali nampak depan mata orang bawa motor tu tergelincir tgh jalan..nasib baik tak melibatkan kenderaan lain..luka2 mereka..ada tu bila tgk kemalangan hingga ada mayat terbaring yg ditutup..memang diri ni akan terus senyap seketika tanpa berkata apa2..takut dan berdebar2 dgn kematian yg tanpa diundang..maaf kepada penunggang motor diluar sana..bukan nak kata anda semua akan tempuhi kecederaan..tapi berhati2lah ye menunggang..jgn mencelah2 dan bawa laju sgt..kalo diri ni duk kat kereta pun mmg takut bila tgk org bawa motor mencelah2 secara dekat dgn kenderaan lain..pakcik tu berdarah banyak tupun dah masuk besi..susah pakcik tu nak bernafas..kesian tgk keadaan dia..Kalo ada kawan bawa motor pun,saya akan naik juga..tapi kalo bawa terlalu laju pun saya takut juga..jadi dia akan bawa slow je..banyak kes saya tgk,adalah melibatkan motor..lagi sekali saya mohon maaf kalo ada yg terasa..tapi saya tabik dgn anda kerana berani dan tahan lasak (^^,)cuma jaga keselamatan itu penting..

Pesakit yg saya jumpa ini adalah seorang budak 19 tahun..seorang lelaki yang kuat bekerja dan tidak ada rehat baginya..malam pun bekerja mencari duit..kalo tgk dia..kdg2 org pasti akan bagi tanggapan yg dia adalah seorang budak bermasalah..mukanya manis je..jarang tgk budak laki sekarang yang amat manja dgn adiknya..mak dia cakap..sebelum dia cedera ni..setiap kali balik kerja..dia pasti akan timang2 adik perempuan dia berumur 7 tahun..tgh2 sakit ni pun adik dia nak main buaian kat tgn dia..comel lak perangai dia ni walaupun salu melibatkan diri dgn kawan2 ye kat luar dan menganggotai sebuah kumpulan ..kat sini pengajaran yg dpt adalah don't judge a book by its cover...kenali dulu org itu sebelum kita labelkan dia..

Banyak lagi nak dikongsi..tapi otak terasa jamm pulak ...he3.jari pun dah penat nak menaip..jadi saya berhenti di sini dulu..maaf atas segala salah silap saya..
Semoga anda semua dalam rahmat Allah..Ameen ya Rabb...

 
 

2 comments: