Tuesday, 6 August 2013

Bergembiralah dgn Ketentuan Allah..

assalamu'alaikum w.b.t dan salam sejahtera...

tiba2 hari ni terasa nak menaip pulak...esok dah bertolak ke senawang beraya... :) saje nak kongsi pengalman praktikal di Hospital Kota tinggi ni...memang salu yer tmpt yg saya kan wat praktikal adlah di hosptl2 kecil..tak tahu kenapa..tapi mmg itulah yg ditetapkan oleh Allah..kawan saya yg rapat dgn saya pulak saluyer pergi ke hospital2 besar..

pernah juga terlintas di hati saya..saya cemburu dgn kwn saya yg dpt g hospital besar sbb byk dia belajar..puas saya pujuk hati saya yg mgkin itu adalah terbaik wat saya..saya minta Allah beri petunjuk pada saya..Alhamdulillah..dalam 2 /3 hari Allah tunjukkan pada saya..memang hospital ni kecil dan pesakit2 kurang tapi dari pesakit kurang tulah banyak yg saya belajar..

Terapis yer yg sporting dan tak lokek utk memberi tunjuk ajar..bayk yg diajar dan perbetulkan mana yg kami tersilap...dia tak pernah marah..jika ada term tak faham tu..mmg kami kena cari..sbb tu setiap hari bb & laptop mesti ada...dah cari terus bgtahu dia..dia akan dgr dan bgtahu mana yg salah...

bila tiada pesakit, kami akan bersama duduk berborak dan berkongsi segala masalah dan cerita..kami ibarat 1 keluarga di sini..terapis dan pelatih tiada gap...alhamdulillah mmg byk ilmu baru yg diterima..yg penting..apa yg saya dapati di sini adalah..kita kena rapatkan dgn org yg penuh ilmu yer..eratkan hubungan dan bertanyalah jika ada permasalahan..dan jika org yg berilmu itu tidak lokek dgn ilmunya..dia sendiri akan memberi tunjuk ajar pada kita...

alhamdulillah..bersyukurlah dgn setiap tetapan yg Allah takdirkan pada kita...setiap ketetapan itu ada kebaikan yg Allah tetapkan utk kita... (^^,)

Saturday, 3 August 2013

kuih Winter Sonata...

assalamu'alaikum dan selamat mnymbut aidilfitri utk 3 hari lagi..jgn masam2 yer dah nak beraya ni.. :)

resepi ni saya dapat dari seorang mak cik yang salu jadi tempat saya utk belajar resepi yang sedap2 ni...
pasti menjadi kalo ikut resepi beliau...





A.) 400gm butter.
100gm minyak sapi.
4sudu besar shortening.
200gm gula halus.

B.) 140gm cornflour.
120gm cornflakes yg dah diblend halus.
1sudu teh vanila.

C.) tepung gandum secukupnya. ( agak2 sng dicanai )

D.) 300gm susu tepung.
200gm ising sugar.

Cara - cara.
Kacau bahan A hingga rata. Masukkan bahan B. rata - ratakan. Masukkan C. Canai dan terap. Guna acuan bulat. Bakar hgga kuning. Dah sejuk, golekkan dlm D.
 
 
selamat mencuba..

Resepi kuih Sarang Semut yang Lembut :)

assalamu'alaikum..dan salam ramadhan n selmat menyambut aidilfitri dalam 3 hari lagi...
minggu lepas saya ada wat kuih sarang semut ni..ni pun pertama kali buat..tapi alhamdulillah menjadi..kawan saya kata dgn campur susu tepung ia akan jadi lebih sedap..jadi saya pun search lah kat pak google...cuma saya ada wat pertukaran bahan sebab saya nak yg gebu.. :)




resepi yer :
250 gm butter
100 gm gula halus
300 tepung blue key (khas utk kuih yer) *
100 gm tepung kastard*
50 gram tepung susu (jenama ikut selera anda)*
1 biji kuning telur
1 penutup esen vanila

* diayak bersama 

chocolate rice (hiasan)



1 ) pukul butter dengan gula hingga kembang 
2) campurkan kuning telur dan esen vanila. Gaulkan bersama adunan tadi.
3) masukkan tepung dan parut...
4) bakar dengan suhu 130 dalam masa 20 minit. (ikut oven masing2 juga yer...






















selamat mencuba :)

wassalam :)

Tanda-tanda lailatul Qadar dari hadis sahih

Tanda-tanda lailatul Qadar dari hadis sahih

1. Pada malamnya bulan kelihatan seperti separuh jafnah (jafnah; bekas makanan berbentuk bulat seperti pinggan besar atau talam)” (Soheh Muslim, 1170/222).

2. Malamnya tenang, tenteram dan sentosa (Al-Jami’ as-Saghier; 7728, menurut as-Suyuti; hasan. Musnad Ahmad; 22765, hasan).

3. Malamnya bersih dan terang di mana seolah-olah pada malam itu terdapat cahaya bulan yang menerangi, menenggelamkan cahaya-cahaya bintang (Soheh Ibnu Hibban, 3688, menurut Syeikh Syu’aib al-Arnaut; hadis soheh bisyawahidihi. Musnad Imam Ahmad; 22765, hasan).

4. Udaranya tidak terlalu panas, tidak terlalu sejuk (Soheh Ibnu Hibban, 3688, hadis soheh bisyawahidihi. Al-Jami’ as-Saghier; 7727, 7728, menurut as-Suyuti; hasan).

5. Tidak ada lontaran dari bintang pada malam itu hinggalah pagi (Al-Jami’ as-Saghier; 7727, hasan. Musnad Imam Ahmad; 22765, hasan).

6. Malamnya tidak berawan, tiada hujan dan tiada angin (Al-Jami’ as-Saghier; 7727). Menurut penjelasan al-Munawi; maksudnya ialah tidak bersangatan awan, hujan dan anginnya (tiada ribut) (Faidhul Qadier).

7. Pada paginya matahari muncul dengan cahaya yang lemah, sekata, berwarna kemerahan dan tanpa sinaran/pancaran yang menyucuk mata (Al-Jami’ as-Saghier; 7727, 7728, hasan. Musnad Imam Ahmad; 22765, hasan. Soheh Muslim; 762/220).

Namun yang penting pada malam al-qadar (lailatul qadar) ialah beramal pada malam tersebut. Berkata Imam al-Munawi; “Orang yang tidak dapat melihat tanda, tidak mesti dia tidak mendapat malam tersebut. Boleh jadi seorang yang bangun beribadah di malam itu, ia hanya dikurniakan Allah kesempatan beribadah, tanpa dapat melihat sebarang tandanya. Orang itu di sisi Allah lebih baik dan lebih mulia daripada orang yang hanya melihat tanda sahaja (tetapi tidak beribadah di malam tersebut)” (Faidhul Qadier; 7728).
copy paste dari FB ( Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC) )