menziarahi org sakit
- hukum menziarahi orang yg sakit adalah sunat dan besar pahalanya ia bertujuan untuk menghiburkan hati pesakit dan keluarganya.
- ketika menziarah tidak digalakkan duduk lama di sisi pesakit cukuplah sekadar memberi nasihat supaya ia bersabar dan redha atas qada Allah supaya mendpat ganjaran pahala
- sunat juga kita mendoakan orang yg sakit agar cepat sembuh , tetap iman, bersabar dan sunat dibacakan doa...antara yer adalah...
Antara tanda2 org yg hampir mati adalah :
- tapak kakinya lurus
- hidungnya tunduk / kembang
- sendi pergelangan tangannya renggang
- pelipisnya lekuk
- rata tulang belakangnya
- badan berbau dan berdengkur
- kuku bercantum
- badannya mula sejuk
selepas itu , sunat diajar mengucap 2 kalimah syahadah dgn lemah lembut tanpa di paksa . Bacakan talkin
(jangan ingatkan perkataan lain kecuali kalimah Allah kerana pada masa itu iblis sedang mengoda)
Sunat juga dibaca surah Yasin org yg hampir mati diikuti dgn surah Ar-Raad dan diberi minun jika dahaga dan sunat jika tidak dahaga. Niatkan dalam hati ke2 2 surah itu :
= kalau hendak mati matikanlah dengan baik
= kalau hendak sembuh maka sembuhkanlah
Harus dititikkan air ke dalam mulut pesakit yg hampir nazak dan dibasahkan muka dan dadanya serta dihadapan mukanya kearah kiblat dengan diiringkan ke sebelah kanan. Jika tidak boleh, diiringkan ke sebelah kiri dan jika kita tidak boleh juga hendaklah ditelentangkan dan kakinya diarahkan ke kiblat manakala kepalanya ditinggikan sedikit.
Setelah keluar rohnya sunat dipejaman ke2 2 matanya dgn membaca
"Bismillahi wa'alaa millati rasulillah"
setelah itu, disalinkan kain baju yg dipakainya dgn kain lain yg bersih. Kemudian diselubungkan dgn kain yg tidak tebal serta diselitkan tepi kain sebelah atas ke bawah kepalanya dan yg disebelah bawah diselitkan ke bawah hujung kakinya.
kemudian mayat itu hendaklah diangkat dan diletakkan ke atas yg tinggi dari lantai , sebaik-baiknya di atas katil dgn dihadapkan mukanya ke kiblat bertelentang dan diletakkan di atas perutnya besi atau seumpaanya supaya perutnya tidak kembung . Lebih baik jika boleh dihadapkan mukanya ke kiblat dengan mengitring sebelah kanan sebagaimana yg dipersetujui oleh ulama Mazhab Syafie.
setakat ini sahaja dulu utk hari ini..selamat berpuasa buat semua :)
wassalam..
No comments:
Post a Comment