Thursday 17 January 2013

KeTuKaN HaTi



Pertama kali symenjejakkan kaki ke tanah perkuburan setelah beberapa tahun sy tidak menjejakkkan kaki lagi ke tanah tersebut. Melihat tanah perkuburan yang masih merah mengetuk pintu hati dan fikiran sy ke atas apa yg berlaku. Apa agaknya yg terjadi nun di bawah sana?adakah malaikat munkar dan nakir tgh menyoal siasat? sy hampir menitiskan air mata apabila memikirkan apa yg telah diri ni buat selama ni…

Ya Allah padaMu sy memohon keampunan atas apa yg telah dilakukan. Selama ini sy leka dgn urusan dunia dan sy lalai menunaikan tanggungjawab sy sebagai hambaMu…selama sy hidup dan melakukan kesalahan Engkau tidak pernah menghukum dri ni dgn azabMu yg keras….malah Engkau  limpahkan nikmat dan rezeki agar diri ni sedar akan segala nikmatMu ini dan bersyukur kepadaMu..Engkau memberikan peluang menghirup udara Mu agar diri dapat menebus segala kesalahan yg telah dilakukan..

                   ………………………………………………………………………………

Apabila seorang insan yg kita kita sayangi telah pergi, barulah kita sedar kesilapan kita…cuba bayangkan apabila kita turut sama mengiringi mereka tidak lama lagi….adakah kita sudah cukup bersedia untuk menghadapinya..dengan dosa yg tertanggung di bahu dan kesalahn yg kita lakukan sama ada kita sedar dan tidak…..tidak terhitung banyaknya dosa yg telah kita lakkukan…

Pernah sy bermimpi ahli keluarga sy meninggalkan dunia ini..ya Allah cukuplah dengan mimpi itu sahaja dapat membuka fikiran betapa pentingnya orang yg tersayang disekeliling sy yg telah dipinjamkan oleh Mu….pada waktu itu, sy hanya dapat berfikir bahawa..sy belum sempat memohon maaf pada merka..bila kita akan berjumpa semula??di akhirat kelak??adakah kamu akan mengenal dir ni ketika itu??SubhanaAllah…

Mcm mana keadaan diri di dalam kubur kelak?? Berseorangan 7 kaki di bawah tanah…ditinggalkan seorang diri..diikat dgn kain kapan…dan dikebumikan dengan ruang yg sempit dan akan tinggal di situ selama2 ny hingga di akhirat kelak..pada waktu itu diri  hanya akan ditemani oleh ulat2 yg memakan daging di tubuhku..


"Ya Allah aq hanyalah hambaMu yg lemah dan kerdil..maafkanlah dosa yg telah kami lakukan dan akan datang…janganlah Engkau murkai aq selama aq hidup dan ampunilah dosa seluruh kaum keluargaku..kami memang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan ..dan kepadaMulah kami memohon harapan..janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau berikan kami petunjuk…bantulah kami ketika kami goyah dan kuatkan iman kami kepadaMu..kepada Engkaulah kami mohon harapan.
                                      …………...amin ya rabbal alamin…………… "

No comments:

Post a Comment