Tanda-tanda lailatul Qadar dari hadis sahih
Tanda-tanda lailatul Qadar dari hadis sahih
1. Pada malamnya bulan kelihatan seperti separuh jafnah (jafnah; bekas
makanan berbentuk bulat seperti pinggan besar atau talam)” (Soheh
Muslim, 1170/222).
2. Malamnya tenang, tenteram dan sentosa (Al-Jami’ as-Saghier; 7728, menurut as-Suyuti; hasan. Musnad Ahmad; 22765, hasan).
3. Malamnya bersih dan terang di mana seolah-olah pada malam itu
terdapat cahaya bulan yang menerangi, menenggelamkan cahaya-cahaya
bintang (Soheh Ibnu Hibban, 3688, menurut Syeikh Syu’aib al-Arnaut;
hadis soheh bisyawahidihi. Musnad Imam Ahmad; 22765, hasan).
4.
Udaranya tidak terlalu panas, tidak terlalu sejuk (Soheh Ibnu Hibban,
3688, hadis soheh bisyawahidihi. Al-Jami’ as-Saghier; 7727, 7728,
menurut as-Suyuti; hasan).
5. Tidak ada lontaran dari bintang
pada malam itu hinggalah pagi (Al-Jami’ as-Saghier; 7727, hasan. Musnad
Imam Ahmad; 22765, hasan).
6. Malamnya tidak berawan, tiada
hujan dan tiada angin (Al-Jami’ as-Saghier; 7727). Menurut penjelasan
al-Munawi; maksudnya ialah tidak bersangatan awan, hujan dan anginnya
(tiada ribut) (Faidhul Qadier).
7. Pada paginya matahari muncul
dengan cahaya yang lemah, sekata, berwarna kemerahan dan tanpa
sinaran/pancaran yang menyucuk mata (Al-Jami’ as-Saghier; 7727, 7728,
hasan. Musnad Imam Ahmad; 22765, hasan. Soheh Muslim; 762/220).
Namun yang penting pada malam al-qadar (lailatul qadar) ialah beramal
pada malam tersebut. Berkata Imam al-Munawi; “Orang yang tidak dapat
melihat tanda, tidak mesti dia tidak mendapat malam tersebut. Boleh jadi
seorang yang bangun beribadah di malam itu, ia hanya dikurniakan Allah
kesempatan beribadah, tanpa dapat melihat sebarang tandanya. Orang itu
di sisi Allah lebih baik dan lebih mulia daripada orang yang hanya
melihat tanda sahaja (tetapi tidak beribadah di malam tersebut)”
(Faidhul Qadier; 7728).
No comments:
Post a Comment