Sunday, 23 June 2013

Bagaimana CINTA YG SEBENARNYA utk jejak ke alam perkahwinanan...????

Dr Soul Gordon, seorang tutor di Universiti Siracoza dlm penelitiannya mengatakan "Tatkala anda sedang dilamun cinta , seluruh dunia ini menurut pandangan anda hanya berputar di sekitar susuk tubuh org yg anda cintai .Ironisnya, selesai memasuki pintu gerbang perkahwinan, ternyata yg terbukti adlh sebaliknya yg justeru meruntuhkan semua persepsi anda pada waktu sebelumnya.

Selanjutnya , Dr Gordon menambah bahawa di antara petanda cinta yg mekar hingga membutakan pandangan drpd melihat realiti kehidupannya ialah apbla pihak yg berkenaan berusaha tanpa hentinya utk menjalani setiap minit dari waktunya bersama dgn org yg dicintainya. Dalam penantiannya dia menghitung setiap minit yg memisahkan antara dia dan kekasihnya , sehingga ia tidak mampu fokus terhdp kerja atau pelajarannya atau berpura-pura tidak kenal sahabat karibnya atau keluarganya sendiri demi menjalani waktunya bersama org yg dicintainya.



Dr Gordon menyebutkan beberapa penyebab dan interprestasi yg membayangi kerapuhan ikatan perkahwinan drpd produk cinta ialah :

1.     Dengan berbekalkan cinta yg sedang mekar , bererti pihak masing-masing dr pasangan yg berkenaan tidak dpt bersikap realistik terhdp berbagai sudut keperibadian pihak yg lain yg menjadi pasangannya dan tidak pula dpt berinteraksi dgnnya secara rasional kerana selama dia menuruti tindakan pasangannya.Padahal dlm keadaaan hbgn yg normal diharapkan keadaannya akan berubah menjadi lebih baik sesudah perkahwinan. Demikian itu, kerana baikk pihak laki mahupun wanita yg berkenaan sesudah terbiasa menilai dgn baik sikap pasangannya , mustahil dpt bersabar menghadapi kritikan atau celaan pasangannya sesudah perkahwinan mengenai suatu topik yg sebelumnya telah diketahui dgn yakin bahawa sikap itu tidak akan mengganggunya.

 2.    Mnakala cinta telah menguasai diri seseorang, ia tidak lagi dpt melihat pasangannya dlm pndgn yg   realistik , tetapi hanya dlm batas pndgn yg serba matang. Oleh itu, pihak masing2 sentiasa menghindari tindakan , sikap , atau kata-kata apa pun yg boleh menyinggung perasaaan pasangannya.Demikianlah tirai impian dan angan2 sentiasa tetap terselindung di sebalik keperibadian dan tabiat pasangannya, kerana yg berkenaan tidak pernah melihat psangannya dgn pndgn yg realistik

3.      Kehidupan suami isteri adalah kehidupan yg penuh tanggungjawab dan sarat dgn beban. Sebaliknya , pasangan yg sedang dilamun cinta menggambarkan bahawa dunia cinta itu semuanya dipenuhi oleh kebahagiaan , keceraian dan kata2 yg romantis. Ke2 2nya menjalani kehidupannya bak di atas awan tanpa pernah melihat melalui celah2nya realiti kehidupan yg sebenarnya. Demikian itu kerana pasangan cinta yg sedang mekar itu telah menghalang pandangannya utk dpt melihat segala sesuatu dgn warna dan bentuk asli yg sebenarnya . 

Selanjutnya , pengkaji tersebut mengakhiri pembicaraannya dgn ungkapan berikut ; 
"Padahal kita dituntut utk membezakan antara cinta yg dibina atas dasar pengertian dan toleransi dgn cinta yg yg dibina atas dasar kepasrahan mutlak terhadap perasaaan yg melenakan bahawa seluruh dunia ini berputar di sekitar susuk peribadi lain dan bahawa mentari seakan-akan tidak terbit tanpa senyumannya. Cinta jenis inilah yg menjadi punca utama merebaknya gelombang penceraian dan perpecahan suami isteri di seluruh dunia tanpa ada perbezaan , kecuali hanya sekadar bentuk luaran yg tidak begitu signifikan."

Sesungguhnya dasar yg kukuh bg perkahwinan adalah kaedah saling memahami , saling menolong , dan pembahagian tanggungjawab , bukan berpandukan kepada kaedah cinta , romantis , kerinduan dan suasana mabuk kepayang.
Gambaran lain yg dikemukan oleh Allah ttg hubungan antara suami isteri bahawa hubungan ini adalah hubungan perpaduan antara mawaddah dan rahmah (rasa kasih & sayang)

Allah berfirman : "Dia menciptakan untukmu isteri2 dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih & sayang" -Ar-Rum;21





















               Oleh kerana itu, mulai sekarang letakkanlah kehidupan kita sesuai dgn panduan Islam...




wassalam...   ^_^

buku Pesanan Penting Untuk Wanita Jangan Terpedaya.....
 

Monday, 3 June 2013

11 Jenis Manusia Didoa Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:



1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."




2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"



3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."



4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."



5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."



6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."



7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.' "



8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"



9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"





10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."





11. Orang yang sedang melawat orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."




p/s: Semoga kita tergolong dalam golongan yang didoakan oleh malaikat.Insyaallah.


www.iluvislam.com

Saturday, 1 June 2013

resepi kek asam manis

assalamu'alaikum w.b.t..dan selamat petang...semalam adalah pertama kali saya  membuat kek masam manis..saya dapat resepi ni daripada PPK tempat saya buat praktikal..nilah hasilnya..saya tak pernah pun merasa kek asam manis sebelum ni.he3..oleh kerana hobi saya suka wat kek..jadi saya buat yer utk kuarga saya rasa.. (^_^)



bahan-bahan :
 
10 biji telur
1/2 kg marjerine
1/2 kg biskut merie
1 cawan gula castor
asam duit secukupnya
1 tin susu pekat (sedang) (apa2 jenama pun boleh asalkan susu pekat.he3)
1 camca esen vanila



cara - cara membuatnya :
  1. putih telur di pukul dengan gula hingga kembang
  2. kuning telur pukul dengan esen vanila sehingga kembang
  3. marjerine dipukul dengan susu hingga kembang
  4. biskut Marie di mesin hingga halus
  5. campurkan semua bahan yg telah dipukul . Masukkan biskut yg telah di mesin
  6. bahagikan adunan tadi kepada 3 bahagian dan warnakan ikut selera anda
  7. kukus selapis demi selapis berselang seli dengan asam hingga masak...



kek saya ni saya wat setengah je dari resepi..

selamat mencuba...

wassalam (^_^)
                                                                      












Muffin butter yg mudah


 assalamu'alaikum dan selamat petang..hari ni saya akan kongsikan resepi muffin butter..resepi di bawah ini adalah kurang manis yer sbb mak saya tak suka kek yg manis.. (^_^)v

bahan - bahan :
1 cawan Tepung kek superfine (ayak 2 kali dgn baking powder)
½ sudu kecil baking powder
½ cawan gula halus (ni utk kurang manis)
¾ atau pun 1 cawan planta (kalo butter 1 buku)
Telur 3 biji
1 penutup esen vanila



Cara-cara :
1)   Pukul telur dgn gula hingga kembang
2)   Di bekas lain pukul planta hingga kembang sehingga berwarna putih
3)   Campurkan no 1 & 2 tadi dan pukul seketika utk sebatikan adunan
4)   Masukkan tepung ckit demi ckit dan gaulkan dengan menggunakan sudip
5)   Campurkan esen vanilla dan gaul rata
6)   Bakar pada suhu 160 dalam 30 minit.utk memastikan masak atau tak, cucuk dgn lidi. Kalo ada melekat, maknanya belum masak lagi yer ..




*hiasan d atas kek mengikut kreativiti





  









Selamat mencuba…

 

wassalam... :)