Hari ini sy pergi berjalan mengahabiskan masa hujung minggu di One Segamat..awal pagi lagi sy dan rakan dah pergi bertolak ke sana dengan niat nak pergi tgk pawagam bersama rakan2 sekolah dahulu..setelah menunggu beberapa jam barulah kawan sy tiba di sana..pawagam masih lagi tidak buka..sepatutnya kata orang yang berkerja disana buka pada pukul 11 tapi jam dah menunjukkan pukul 12 lebih..ramai lagi pelanggan lain yang marah2 dengan pengurusan tersebut..notis pun tak ditampal untuk memberitahu masalah yang timbul.
Setelah agak lama menunggu di sana,kami mengambil keputusan untuk berjalan2 di dalam shopping complex tersebut..semasa menunggu untuk pawagam tersebut di buka..rakan2 ku menghabiskan masa dengan bermain game yang memerlukan token..tulah 1 kali sy masuk sana..agak bising dan memeningkan kepala dengan keadaan dalam tersebut..tapi sy agak gembira melihat rakan2 sy yang gila2 ni..sportingnya mereka dan cara mereka untuk mengurangkan tekanan dengan cara mereka begitu..bila sy fikir2 kan balik..semua yg sy rapat semuanya amat suka bermain game dan melihat cerita kartun..amat bertentangan dengan diri sendiri..kartun dan game memang jauh dari diri sy..agak2ye nanti pasangan hidup sy pun begitu juga tak??(tiba2 terfikir ke arah tu..ha3)
Oleh kerana sy belajar dan bakal bekerja dengan memahami orang lain, sy belajar kehidupan yg lain dari hidup sy..Allah tu pasti akan ajar kita dengan berbagai cara kan? Alhamdulillah..sy banyak belajar dari pengalaman sekeliling..dengan keadaan sy yang ABC pastilah banyak amalan yang terbatas..sampaikan sy terasa jauh dengan Dia..ya..Allah yang Maha Pengasih..
Oleh kerana sy tidak selesa dengan keadaan yg bising tersebut dan agak gelap, sy keluar berjalan ke tempat lain..akhirnya Allah membawa sy ke kedai buku Popular..terdetik hati sy pada waktu itu apabila tiba di bahan bacaan Islamik.."Ya Allah..aku terasa jauh dengan Mu..apa yg aku telah lakukan selama ni..tak banyak amalan yg hambaMu ini lakukan..banyak dosa yang telah hambaMu ini lakukan..tapi Kamu tetap memberi segala harapan padaku...aku rasa akulah hamba paling hina..setiap pagi Kamu bangunkan aku dengan memberi aku tubuh badan yang sihat untuk aku menebus dosa ku..Kamu selalu memberi kelapangan dan keampunan..AKU RRRIIINNNDDUUUUU PADA MU YA ALLAH....kadangkala kamu memberi rezeki itu daripada sesuatu yang tidak disangka2 oleh diri ni.."
Benar firman Mu dalam surah al-Talak..ayat akhir 2 dan ayat 3 iaitu...."
".........barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan Membukakan jalan keluar baginya..Dan Dia Memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah ,niscaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya ,Allah telah Mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.."
Dulu kalau hujung minggu sy akan pergi berusrah dengan rakan2 buat bulatan gembira..tapi sekarang oleh kerana praktikal, sy tidak dapat melibatkan diri lagi..sy tahu ini tidak boleh dijadikan alasankan?? sekarang sudah tiba masanya untuk sy berdikari untuk mendekatkan diri pada Illahi..semoga Allah memberi petunjuk buat diri ini..
"Ya Allah..janganlah Engkau pesongkan hati ini setelah Engkau memberi petunjuk pada kami..tetapkanlah iman kami pada jalanMu dunia & akhirat..aamiiin ya rabbal aalamiin.."
No comments:
Post a Comment