Istihadah adalah darah yang mengalir keluar daripada rahim wanita secara berpanjangan sama ada berterusan ataupun terputus-putus.
Dalil-dalil wujudnya istihadah
Petunjuk yg mengatakn wanita mengalami istihadah didasarkan kepada hadis-hadis Nabi Muhammad.
maksudnya : Aisyah menceritakn , Fatimah bt Abu Jasy berkata kepda Rasulullah, "Ya Rasulullah , sesungguhnya saya tidak pernah suci (iaitu terus menerus keluar darah drpd kamaluannya). Apakah saya mesti meninggalkan solat?" Rasulullah bersabda, "Sebenarnya itu hanyalah urat yg bocor & bukan darah haid.Maka apbla waktu haid sudah tiba menurut kebiasaan sebelumnya , tinggalkanlah solat.Kemudian apbila sudah berlalu waktu biasa haid yg sebelumnya , basuhlah darah itu dari tmptnya & lakukanlah solat" Direkodkan oleh Bukhari
Bersuci & ibadah semasa istihadah
bersuci dan menunaikan ibadah semasa istihadah adlh sama keadaanya sewaktu org itu suci drpd haid dan nifas. Maka, wanita beristihadah boleh menunaikan segala ibadah yg diharamkan semasa haid & nifas kecuali dlm bberpa keadaan.
Kaedah bersuci utk wanita mengalami istihdah sblm menunaikan solat :
1 ) Wanita itu hendaklah membasuh kemaluannya bagi menghilangkan darah pada faraj . Sumbat saluran faraj dgn kain ataupun kapas bg mengelakkan darah mengalir keluar kerana hukum darah itu adalah najis.Sekiranya sukar menyumbat faraj, maka diharuskan memakai tuala wanita seperti biasa. Sekiranya darah tetap mengalir ataupun menitis selepas penyumbatan dilakukan , maka solatnya tetap sah.Sekiranya berlaku semasa berpuasa, wanita itu hendaklah meletakkan kapas , kain di bhgain luar faraj tanpa perlu menyumbat ke dlmnya bg elakkan terbatalnya puasa.
2) Wuduknya perlu dilakukan selepas masuk waktu solat fardu. Wuduknya tidak boleh didahulukan sehingga tiba masa melaksanakan solat.Manakala utk solat sunat, wuduk perlu dilakukan sebelum melakukan solat itu kerana solat sunat tiada waktu yg spesifik.
3) Selepas selesai wuduk, wanita itu perlu segera menunaikan solat. Perkara yg dimaafkan apabila dilakukan di antara wuduk & solat yg menyebabkan sidikit kelewatan adlah memakai pakain solat, berjalan ke masjid, iqamat dan menunggu jemaah lain utk solat jemaah.
Sekiranya darah istihadah itu berhenti sepenuhnya selepas menunaikan solat, Hukum solatnya adlh sah manakla wuduknya terbatal. Wanita itu perlu berwuduk baru sekiranya ingin meneruskan dgn solat2 sunat.
*
1.Tempoh minumum haid
Masa kedatangan haid yg paling pendek adalah sehari semalam.Terdpt 2 keadaan bg menjelaskan masalah ini :
a) haid itu keluar berterusan melalui faraj ataupun hanya terdapat darah di dlam saluran faraj tanpa mengalir keluar drpd faraj selama 24 jam.Keadaan ini boleh disahkan dgn memasukkan kapas ke dlm saluran faraj & didapati kapas itu mempunyai kesan darah
b)Apabila darah mengalir secra putus2 dalam masa 15 hari 15 malam ataupun kurang.Masa suci antara darah yg keluar terputus2 itu masih dikira dlm tempoh haid.
2.Tempoh maksimum haid
Tempoh haid yg terpanjang adalah 15 hari 15 malam.
3.Tempoh suci.
Tempoh minimum waktu suci antara 2 haid adlah 15 hari 15 malam . Tiada had maksimum utk tempoh suci ini.
sumber : buku Fikah Perubatan.
Setakat itu sahaja dahulu perkongsian saya pada hari ni..semoga anda semua mendapat syafaat dan redha Allah.. ^_^ v
No comments:
Post a Comment