Assalamua'alaikum w.b.t dan salam sejahtera semua..mcm mana hari anda hari ini? berjalan lancar tak? kalo tak berjalan lancar dan anda tertekan..relakskan fikiran dgn muzik yg menenangkan yer..jgn stress2 kan diri..hidup ini perlu enjoy..kalo tak makin bertambah lah pesakit2 mental kat hospital2..he3
JODOH...hu3..tulah salunya yg akan diperkatakan oleh rakan2 dan diri ni apabila bertemu atau bersantai..almaklumlah pompuan.he3..mak salu taye ttg jodoh diri ni..balik je rumah ..mesti mak akan tayer..dah suh dah mak n ayah carikan..tapi ayah ckp susah..ayah keje salu masuk ladang..org2 ladang ayah ckp salu pindah randah..keje saya nanti tak leh nak pindah randah salu..jadi mak suh cari sendiri..hu3..
Hari ni tadi sementara patient takde..saya berbuallah dengan sorang terapis ni..bakal berkahwin bulan 6 ni..orang Kelantan..byk kami bualkan termasuklah bab ni..tak terkecuali..he3..
Menurut encik ni..dia lihat pompuan skang banyak kejar dunia..mereka tak nampak kebaikan utk diri nya ..salu pompuan ni tak nak kahwin awal..antara alasan yg diberi adalah..
"ala..masih awal lagilah.."
"ala..tak bersedia lagilah.."
"nak belajar dulu..nak teruskan pengajian tinggi2 dulu."
"tak stabil lagi ni..."
Tapi bila dah keje nanti..alasan yg akan keluar pula adalah.."ala...tunggu hidup ni stabil dululah..tunggu keje dalam 2 / 3 tahun lagi ker"..sampai bilalah nak stabil ye tu kan??
Encik ni kata dia dah rasa rugi dgn hubungan yg lama terjalin ni..byk sgt rugi nya..sekarang umurnya 28 tahun..mula keluar katalah dalam usia 22..jadi..ada 6 tahun rugi..rugi dari segi pahala..yelah..mana tak yer..dlm 6 tahun tu..kalo kita dah berkeluarga..byk pahala kita dpt..lagi2 pompuan..solat bersama, mengemas rumah..memasak..sume perbuatan kita akan peroleh pahala..
Perkahwinan yg terbina atas dasar kasih Allah..pasti akan bahagia dan sentiasa dlm rahmat Allah..percaya tak dgn statement ni??ni antara yg saya peroleh dari Majalah Nur..
Jgn malas baca sbb nmpk panjg yer..byk ilmu kita peroleh..he3..
1 . Doa wanita itu lebih makbul dariapda lelaki berikutan sifat
penyayang yg lebih dariapda lelaki.Rasulullah sendiri bersabda “ibu
lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yg penyayang tidak akan
sia-sia”
2 .Wanita yg solehah (baik) itu lebih baik daripada 7o lelaki soleh
3
.Barangsiapa yg menggembirakan anak perempuannya,darjatnya seumpama
orang yg sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yg
takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4.
Barangsiapa yg membawa hadiah (barang makanan ke rumah) lalu diberikan
kepada keluarganya,maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yg
menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekan anak Nabi Ismail
A.S.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah) di dalam syurga.
6
.Barang siapa mempunyai 3 anak perempuan / 3 saudara perempuan / 2 anak
perempuan / 2 anak saudara perempuan,lalu dia bersikap ihsan dlam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa dan
bertanggungjawab,maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah
r.a. “Barangsiapa yg diuji dengan sesuatu daripada anak
perempuannya,lalu dia berbuat baik kepada mereka ,maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8.
Wanita yg taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu2 neraka
dan terbuka pintu2 syurga.masuklah dari mana2 pintu yg dia kehendaki
dengan tidak berhisab.
9. Wanita yg taat akan suaminya,semua
ikan2 di laut,burung di udara,malaikat2 di langit,matahari dan
bulan,semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya
serta menjaga sembahyang dan puasanya.
10. Aisyah r.a berkata
“Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W,siapakah yg lebih besar haknya
terhadap wanita?Jawab baginda, “Suaminya.” “siapa pula berhak terhadap
lelaki?” Jawab Rasulullah S..A.W . “Ibunya”
.
11 .Perempuan apabila
sembahyang 5 waktu,puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta
taat akan suaminya,masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yg dia
kehendaki.
12 .Tiap2 perempuan yg menolong suaminya dalam urusan
agama,maka Allah SWT memasukkan dia ke dari pintu syurga lebih dahuu
daripada suaminya. (10,000 thun)
13 .Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat
untuknya.Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan
dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan
.
14 .Apabila seseorang
perempuan mulai sakit hendak bersalin ,maka Allah SWT mencatatkan
baginya pahala orang yg berjihad pada jalan Allah SWT.
15. Apabila telah lahir(anak)lalu disusui ,maka bagi ibu itu setiap 1 tegukan daripada susunya diberi 1 kebajikan.
16. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia daripada dosa2 seperti keadaan ibunya melahirkannya.
17.
Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yg
sakit,maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang
hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
18. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
19. 2 rakaat sOlat wanita yg hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yg tidak hamil.
20.
Wanita yg memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya(susu
badan)akan dapat 1 pahala dariapda tiap2 titik susu yg diberikannya.
21. Wanita yg melayani dengan baik suami yg pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapt pahala jihad
.
22.Wanita
yg melihat suaminya dengan kasih saying dan suami yg melihat isterinya
dengan kasih saying akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
23.
Wanita yg menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan
kemudiannya menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun
lebih awal daripada suaminya,akan menjadi ketua 7,000 malaikat dan
bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga,dan menunggu
suaminya dengan menunggang kuda yg dibuat daripada yakut.
24.
Wanita yg tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yg sakit
akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan
hati anaknya Allah akan memberi 12 tahun pahala ibadat.
25. Wanita yg memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan
.
26. Wanita yg menguli tepung gandum dengan “bismillah”,Allah akan kerkatkan rezekinya.
27. Wanita yg menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah
.
28. Wanita yg hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari dan pahala beribadat pada malam hari.
29.
Wanita yg bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa
manakala setiap kesakitan pada 1 uratnya Allah akan mengurniakan 1
pahala haji.
30 .Sekiranya wanita meninggal dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dianggap mati syahid.
31
.Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempeh (21/2 tahun),maka
malaikat2 di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
32. jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
33. Jika wanita memberi susu badannya kepada anknya yg menangis,Allah akan memberi pahala 1 tahun solat dan puasa.
34.
Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendpat pahala 7 tola emas
dan jika wanita memicit suami apabila disuruh akan mendapat pahla 7
tola perak.
35. Wanita yg meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
36. Jika suami mengajarkan isterinya 1 maslah akan mendapt pahala 80 tahun ibadat.
Anda lihat..banyak kan kelebihannya wahai kaum Hawa?? jom kita perbetulkan diri kita disamping berdoa supaya Allah mengurniakan kita jodoh yg baik..jodoh yg dpt membimbing diri kita dunia dan akhirat..semoga jodoh saya nanti akan datang sbb mak dan ayah nampaknya mcm dah bimbang dgn jodoh saya ni..he3..
Oklah..nak study pula..byk lagi kerja kena buat ni..research, case study..utk fail pesakit pun tak siap lagi..doakan saya dipermudahkan urusan dan dikurniakan jodoh yg baik juga yer..he3..
wassalam..semoga kehidupan anda diredhai Allah (^^,)v
No comments:
Post a Comment