Saturday, 30 March 2013

Kek Coklat Moist dan Topping Coklat



assalamu'alaikum w.b.t..selamat pagi semua bagi yg membaca entri ni pada waktu pagi..he3..semoga hari anda semua bahagia seperti mana bahagianya saya membuat kek ni utk rakan2 utk makan..he3..

ni resepinya bagi sesiapa yg keinginan utk membuat kek yg seddaappp ni...perkongsian bersama... (^^,)v

1) 170 gm butter
2) 320 gm brown sugar
3) 225 gm tepung superfine
4) 250 gm susu segar atau susu cair
5) 60 gm coco powder
6) 3 biji telur A
7) 1 sudu kecil vanila
8) 2 sudu kecil baking powder
9) 1/2 sudu kecil bikarbonate
10) 1 sudu kecil ovallate

Apabila dah dpt resepi mesti nak watkan??he3..ni langkah-langkah utk wat kek...

1) ayak tepung dengan coco powder , baking powder , bicarbonate (3 kali ayak supaya sekata)
2) pukul butter dengan gula dan ovallate hingga kembang dan gebu
3) masukkan telur sebiji2 hingga habis dan vanila
4) kaup balik masukkan tepung selang selikan dengan susu
5) masukkan dalam loyang dan disapu butter..
6) ratakan dan bakar

nampak senangkan??boleh cuba di rumah.. nanti baru dpt rasai kesenangan tersebut..he3..kena cuba baru tahu...

kek ni sangat gebu dan lembut....saya pulak mmg suka kalo wat kek..akan ada rekahan di atas kek tu.. :))


ooo..lupalak..tu baru kek..nak lagi sedappp kena wat topping...
saya wat topping dgn...

1) 300 gm coklat masakan
2) 2 sudu besar coco powder
3) 2 sudu besar butter
4) 250 gm susu cair..

mula2 didhkan susu atas api..nampak di bahagian tepinya menggelegak,tutup api dan masukkan butter serta coco powder..kacau2 dan masukkan coklat masakan...

kalo sape nak pekat2 tu lebihkan lah coklat..

bila dah sejuk ckit..leh tuangkan kat kek..




nilah hasilnya setelah dipotong...sedappp...


terliur tak bila tgk??he3..selamat mencuba bagi sesiapa yg mahu mencuba...

Selamat maju jaya...

wassalam...

Sunday, 24 March 2013

Rintih Hati Mencari Illahi

Dalam hubungan dgn Allah , kerap juga berlaku di mana kita mensia-siakan apa yg dberi oleh Allah..Kita selalu meminta kepadaNya , tetapi apabila telah ditunjukkan ..kita sendiri yg tuli dan mensia-siaknnya.Inilah yg berlaku apabila kita memohon ditunjuki jalan yg lurus.Jawapan Allah tidak kita dengar.Jalan yg ditunjukiNya tidak kita ikuti.Teladan yg ditetapkan telah kita pinggirkan.

Semua ini berpunca daripada sifat keakuan (keegoan) . Hanya mulut yg meminta , tetapi hati tidak begitu.Bila kita meminta sesuatu daripada pihak lain ertinya kta kekurangan,pihak yg lain itu yg kuat.Kita peminjam , Allah Pemilik segala-galanya yg kita inginkan.Itulah rasa yg sewajarnya ada dlm hati para peminta(hamba) berbanding dengan Pemberi (Allah)

Dalam erti kata lain, hanya jalan Allah sahaja yg benar.Kita wajib melalui jalan itu. Jangan cuba merentang jalan yg lain.Manusia hanyalah 'tetamu senja' yg mesti melalui jalan itu dalam tempoh yg sgt singkat.

Umur kita tidak lama..umpama musafir singgah sementara di pohon yg rimbun dalam 1 kembara yg panjang.Begitulah jangka masa manusia yg datang ke dunia - 1 hari di akhirat = 1000 tahun di dunia.Dan alangkah ruginya jika dalam masa sesingkat itu kita tersesat?

Sayangnya , jalan mujahadah yg lurus itu sudah tidaklurus lagi pada pandangn kita.Mengapa? Ini semua gara-gara butanya mata yg ada dlm dada..

Firman Allah :
"...kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yg buta, tetapi yg buta adalah hati yg ada dlm dada" -al-haj 46

Buta mata tidak nampak jalan di dunia, manakala buta hati tidak nampak jalan ke akhirat.Padahal kita adalah warga akhirat.Bukankah datuk kita Nabi Adam a.s. dan nenek kita Siti Hawa berasal dari syurga? Kita ingin kembali ke sana..Buta mata kerana tidak ada cahaya tetapi buta hati kerana bertuhankan hawa nafsu hingga kita tidak sanggup lagi bersusah payah di jalan mujahadah!

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Kejahatan itu menyeronokkan pada awalnya , tetapi pasti ada penyesalan apabila kita lakukan pada akhirnya.Kebaikan itu menyusahkan pada permulaan , tetapi pasti ada kemanisan bila dilakukan.Justeru , beribadatlah sehingga kita berasa letih untuk melakukn dosa.



Sumber : Buku Di Mana DIA di Hatiku..ust pahrol mohd juoi

Monday, 18 March 2013

Perkahwinan itu Ibadat....

Assalamua'alaikum w.b.t dan salam sejahtera semua..mcm mana hari anda hari ini? berjalan lancar tak? kalo tak berjalan lancar dan anda tertekan..relakskan fikiran dgn muzik yg menenangkan yer..jgn stress2 kan diri..hidup ini perlu enjoy..kalo tak makin bertambah lah pesakit2 mental kat hospital2..he3

JODOH...hu3..tulah salunya yg akan diperkatakan oleh rakan2 dan diri ni apabila bertemu atau bersantai..almaklumlah pompuan.he3..mak salu taye ttg jodoh diri ni..balik je rumah ..mesti mak akan tayer..dah suh dah mak n ayah carikan..tapi ayah ckp susah..ayah keje salu masuk ladang..org2 ladang ayah ckp salu pindah randah..keje saya nanti tak leh nak pindah randah salu..jadi mak suh cari sendiri..hu3..

Hari ni tadi sementara patient takde..saya berbuallah dengan sorang terapis ni..bakal berkahwin bulan 6 ni..orang Kelantan..byk kami bualkan termasuklah bab ni..tak terkecuali..he3..

Menurut encik ni..dia lihat pompuan skang banyak kejar dunia..mereka tak nampak kebaikan utk diri nya ..salu pompuan ni tak nak kahwin awal..antara alasan yg diberi adalah..
"ala..masih awal lagilah.."
"ala..tak bersedia lagilah.."
"nak belajar dulu..nak teruskan pengajian tinggi2 dulu."
"tak stabil lagi ni..."

Tapi bila dah keje nanti..alasan yg akan keluar pula adalah.."ala...tunggu hidup ni stabil dululah..tunggu keje dalam 2 / 3 tahun lagi ker"..sampai bilalah nak stabil ye tu kan??

Encik ni kata dia dah rasa rugi dgn hubungan yg lama terjalin ni..byk sgt rugi nya..sekarang umurnya 28 tahun..mula keluar katalah dalam usia 22..jadi..ada 6 tahun rugi..rugi dari segi pahala..yelah..mana tak yer..dlm 6 tahun tu..kalo kita dah berkeluarga..byk pahala kita dpt..lagi2 pompuan..solat bersama, mengemas rumah..memasak..sume perbuatan kita akan peroleh pahala..



Perkahwinan yg terbina atas dasar kasih Allah..pasti akan bahagia dan sentiasa dlm rahmat Allah..percaya tak dgn statement ni??ni antara yg saya peroleh dari Majalah Nur..

Jgn malas baca sbb nmpk panjg yer..byk ilmu kita peroleh..he3..

1 . Doa wanita itu lebih makbul dariapda lelaki berikutan sifat penyayang yg lebih dariapda lelaki.Rasulullah sendiri bersabda “ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yg penyayang tidak akan sia-sia”

2 .Wanita yg solehah (baik) itu lebih baik daripada 7o lelaki soleh

3 .Barangsiapa yg menggembirakan anak perempuannya,darjatnya seumpama orang yg sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yg takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barangsiapa yg membawa hadiah (barang makanan ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya,maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yg menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah) di dalam syurga.

6 .Barang siapa mempunyai 3 anak perempuan / 3 saudara perempuan / 2 anak perempuan / 2 anak saudara perempuan,lalu dia  bersikap ihsan dlam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa dan bertanggungjawab,maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yg diuji dengan sesuatu daripada anak perempuannya,lalu dia berbuat baik kepada mereka ,maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
 
8. Wanita yg taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu2 neraka dan terbuka pintu2 syurga.masuklah dari mana2 pintu yg dia kehendaki dengan tidak berhisab.

9. Wanita yg taat akan suaminya,semua ikan2 di laut,burung di udara,malaikat2 di langit,matahari dan bulan,semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

10. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W,siapakah yg lebih besar haknya terhadap wanita?Jawab baginda, “Suaminya.” “siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S..A.W . “Ibunya”
.
11 .Perempuan apabila sembahyang 5 waktu,puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yg dia kehendaki.

12 .Tiap2 perempuan yg menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah SWT memasukkan dia ke dari pintu syurga lebih dahuu daripada suaminya. (10,000 thun)

13 .Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan
.
14 .Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin ,maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yg berjihad pada jalan Allah SWT.

15. Apabila telah lahir(anak)lalu disusui ,maka bagi ibu itu setiap 1 tegukan daripada susunya diberi 1 kebajikan.

16. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia daripada dosa2 seperti keadaan ibunya melahirkannya.

17. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yg sakit,maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

18. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

19.  2 rakaat sOlat wanita yg hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yg tidak hamil.

20. Wanita yg memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya(susu badan)akan dapat 1 pahala dariapda tiap2 titik susu yg diberikannya.

21. Wanita yg melayani dengan baik suami yg pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapt pahala jihad
.
22.Wanita yg melihat suaminya dengan kasih saying dan suami yg melihat isterinya dengan kasih saying akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

23. Wanita yg menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudiannya menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya,akan menjadi ketua 7,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga,dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yg dibuat daripada yakut.

24. Wanita yg tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yg sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah akan memberi 12 tahun pahala ibadat.

25. Wanita yg memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan
.
26. Wanita yg menguli tepung gandum dengan “bismillah”,Allah akan kerkatkan rezekinya.

27. Wanita yg menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah
.
28. Wanita yg hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari dan pahala beribadat pada malam hari.

29. Wanita yg bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa manakala setiap kesakitan pada 1 uratnya Allah akan mengurniakan 1 pahala haji.

30 .Sekiranya wanita meninggal dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dianggap mati syahid.

31 .Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempeh (21/2 tahun),maka malaikat2 di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

32. jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

33. Jika wanita memberi susu badannya kepada anknya yg menangis,Allah akan memberi pahala 1 tahun solat dan puasa.

34. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendpat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami apabila disuruh akan mendapat pahla 7 tola perak.

35. Wanita yg meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

36. Jika suami mengajarkan isterinya 1 maslah akan mendapt pahala 80 tahun ibadat.



Anda lihat..banyak kan kelebihannya wahai kaum Hawa?? jom kita perbetulkan diri kita disamping berdoa supaya Allah mengurniakan kita jodoh yg baik..jodoh yg dpt membimbing diri kita dunia dan akhirat..semoga jodoh saya nanti akan datang sbb mak dan ayah nampaknya mcm dah bimbang dgn jodoh saya ni..he3..

Oklah..nak study pula..byk lagi kerja kena buat ni..research, case study..utk fail pesakit pun tak siap lagi..doakan saya dipermudahkan urusan dan dikurniakan jodoh yg baik juga yer..he3..

wassalam..semoga kehidupan anda diredhai Allah (^^,)v

Sunday, 17 March 2013

Cikgu Impianku...

Assalamu'alaikum w.b.t & salam sejahtera..
Gatal-gatal dah jari ni nak menaip..disebabkan oleh suatu masalah..tak boleh masuk pulak dlm blog..asik kuar Untrusted Connection..alhamdulillah kini dah boleh sambung perkongsian...

Nak dimulakan cerita..dari tadika lagi saya memasang impian untuk menjadi seorang cikgu..cikgu kan satu kerja yang mulia..tapi saya tak nak jadi pensyarah..saya nak ajar budak-budak sekolah jer..pernah dulu saya cakap kat kawan saya..saya nak jadi cikgu..dia kena tulis kat kertas dan tampal kat satu tempat..bila dengar saya nak jadi cikgu..dia cakap.."ala..cikgu tu mcm rendah lah..kita tulis pensyarah je ye.."..saya senyap je sebab malas nak bertekak..

Banyak kan manfaat jadi seorang guru?guru yg melahirkan para profesionalisme ..semuanya bermula dari mereka..sebab tu dalam doa..kata Dr Fadzillah Kamsah..pastikan kita masukkan sekali guru dalam doa kita..baru kita berjaya dalam kehidupan..naa..besar kan martabat seorang guru??

Sampailah lepas SPM saya cuba memohon bidang perguruan..tapi yelah kan..pelajar-pelajar sekarang semuanya makin pandai..saya punye keputusan pun taklah terer sgt..jadi saya meneruskan pelajaran di matrik..

Aaah..lupalak nak bagitahu..mak saya kalo boleh nak saya jadi seorang yg merawat orang mcm doktor tu atau yang bekerja di hospital..saya pernah ckp kat mak.."taknaklah mak..buku dia tebal2..susah tu..pelajarannya pun tinggi2.."he3..tulah apa yg saya fikirkan masa tu..

Sekarang ni..saya rasa bersyukur sangat..anda tahu sebab apa??mestilah tak tahukan..he3..alhamdulillah bidang yg saya ceburi sekarang kiranya dah menyatukan hasrat emak dan hasrat saya juga...bidang kerja saya ni..kami akan dipanggil 'cikgu' oleh pesakit-pesakit kanak dan pesakit mental..tak dpt jadi cikgu di sekolah jadi cikgu di hospital pun jadilah..he3..

Tapi kan ..nasib baik saya tak dpt jadi cikgu kat sekolah..saya takde kesabaran tinggi sangat..he3..jadi cikgu kat pesakit dan pesakit mental pun dah best..kita ajar mereka dan beri aktiviti yang boleh meningkatkan kefungsian mereka..

Alhamdulillah..saya bersyukur pada Allah kerana sentiasa di sisi saya ...mendengar segala rintihan dan permintaan saya..insyaAllah ..saya ingin menjadi seorang yang bermanfaat dala hidup ini...doa-doakan saya yer.. =D


sekian saja untuk ari ni..semoga hari-hari anda semua diberkati Allah ...ameen..

Saturday, 9 March 2013

ZiKiR ituuu...

assalamu'alaikum w.b.t dan salam sejahtera..kali ni nak kongsi ttg hebatnya zikir itu..

Pasti semua kenal kan pemuda kacak di bawah ni??yang banyak memberi dorongan dalam membawa kita menyelami keindahan berzikir sambil ditemani alunan muzik yg mendamaikan..




Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: 

Allah Taala berfirman: "Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari "
Hadis dalam kitab Sahih Muslim : 4832

Anda ada VCD ZIKIR TERAPI DIRI?? memang rugi kepada siapa yg tidak memiliki vcd ni..betull..ni bukan main-main..ni betul-betul..(tonasi mcm dlm cter P.Ramlee tu..he3)
Anda tahu..setiap kali saya ditimpa masalah dan berseorangan..ni lah peneman hidup saya..yg membuatkan saya terisi jiwa dan rohani nya..

Saya juga nak berkongsi satu cerita..roomate saya di kolej adalah non muslim..saya salu buka radio IKIM dan zikir terapi ni kuat2..dia mengerti sikap saya dan anda nak tahu sesuatu??dia pun jatuh chenta dgn zikir dan alunan-alunan al-quran..dia paling suka dgn ustaz Zahazan Mohamed..pagi2 dia salu dgr tafsir quran dan cter pada saya akan kekagumannya...Alhamdulillah..Allah pertemukan saya dgn org yg hebat sepertinya..tidak habis lagi nak cter ni..dia pun kalo ada masalah dan tertekan..dia akan buka zikir ni..hebatnya kuasa Allah kan?Dia akan bagi ketenangan pada setiap jiwa hamba-hambaNya..


 Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa yang membaca: "Tidak ada Tuhan selain Allah semata, Yang tiada sekutu bagi-Nya, kepunyaan-Nyalah segenap kerajaan dan milik-Nyalah segala pujian serta Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu", setiap hari sebanyak seratus kali, maka dia akan mendapat pahala yang sama besarnya dengan membebaskan sepuluh orang budak dan akan dicatat untuknya seratus kebajikan serta dihapus darinya seratus keburukan. Baginya hal itu adalah satu perlindungan dari setan mulai dari pagi hari sampai sore. Tidak ada seorang pun yang lebih utama dari orang yang melakukan hal itu kecuali orang yang lebih banyak dari itu. Barang siapa yang membaca: "Maha Suci Allah dan dengan memuji-Nya", sebanyak seratus kali setiap hari, maka akan terhapuslah semua dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di lautan

 Hadis dalam kitab Sahih Muslim : 4857

Oleh itu, wahai anda-anda yang inginkan ketenangan dan keredhaan Allah dalam hidup..marilah kita meringankan mulut kita untuk berzikir padaNya..eh..lupalak.jangan setakat di mulut sahaja..hati pun mesti ikut sama..kalo tak..tak terasa nikmatnya berzikir itu...(^_^)v ...semoga kita semua dalam redha Allah dan sentiasa mengingatiNya tidak kira kita susah atau pun senang..jgn ingt masa susah je tau..bahaya tu..he3..

oklah..ni sahaja dulu penulisan saya hari ni..
wassalam... ^^, 


Thursday, 7 March 2013

Bila Bersendirian

Bila bersendirian
jangan rasa kesepian
walau tanpa teman
kita tetap diperhatikan

Dalam gelap atau terang
ada mata yg sentiasa jaga
melihat perlakuan dan rasa
mencatat dosa atau pahala

Bila bersendirian
jangan katakan 'aku sunyi'
sebaliknya selalu bisikkan di dalam hati
pada diriku sentiasa
ada Pemerhati

Bila bersendirian 
teruji keikhlasan
tanpa kejian atau pujian
apakah terus ada kesetiaan
berfikir dan berzikir
dengan tulus kesunyian!


sumber - buku dimana Dia di hatiku (Pahrol Mohd Juoi)

Wednesday, 6 March 2013

Keluargaku bahagiaku..

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam sejahtera..selamat pagi jika anda baca pada waktu pagi..he3

Setiap insan mengimpikan sebuah keluarga yg bahagia kan??kebahagiaan itu tidak akan hadir jika kedua ibu bapa tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan amanah dan berwibawa..walaupun begitu , kita harus ingat..kadangkala bukan salah ibu bapa..ada tu salah anak2 sendiri..bergaul dengan rakan2 yang membawanya terjebak dengan gejala negatif..

Alhamdulillah..saya berasa bersyukur dengan Allah kerana melahirkan saya dalam keluarga yang bahagia dan meminjamkan saya ahli keluarga yang bahagia..kaluarga kami lebih kepada sebuah keluarga yang simple dan hapy go lucky..memang riuh keluarga bila berkumpul bersama..gelak tawa akan kedengaran..

Setiap kali cuti, kami akan keluar bersama menghabiskan waktu yg terluang..yelah..bukan senang nak berkumpul jika masing2 dah bekerjaya..sebuah keluarga akan makin rapat apabila masalah dikongsi bersama, keluar bersiar2 bersama dan memberi peluang kepada diri masing2 untuk memilih kehidupan utk menjadi lebih baik..

alhamdulillah..inilah wajah2 yg Allah pinjmkan pada saya utk bersama harungi kehidupan ini di dunia dan insyaAllah di akhirat jua..kami banyak berkongsi cerita dan hobi yang sama..itulah juga antara rahsia kebahagiaan keluarga kami..boleh dikatakan..tiada rahsia antara kami.. ^_^


Ni pula adalah antara gambar kami meluangkan masa bersama....



Semoga perhubungan kekeluargaan anda juga dalam rahmat Allah..ameen...
Bergembiralah dengan kehidupan..jangan sia2kan segala kenikmatan yang Allah beri dan mohonlah agar kita sentiasa dalam iman dan keredhaan Allah..sia-sialah kehidupan jika kehidupan yg kita lalui tiada restu dan petunjuk Illahi..

sekian..wassalam.. (^^,)v

kek moist coklat







alhamdulillah..semalam baru belajar nak buat kek moist ni..dapat resepi pun daripada wan norsiah..gebu dan lembut naiknya..ni nak kongsi resepinya..

2 cup tepung gandum
1 sudu coco powder
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bicarbonate of soda
(ayak 3 kali yer supaya sekata)

1 cup minyak masak
1 cup susu pekat
1 cup gula halus
1 cup air panas
3 biji telur

kacau telur dengan gula halus ( tak perlu pukul dgn mixer, cuma kacau dgn whisk saja..)
dah rata masukkan susu pekat dan minyak..
rata2kan masukkan tepung..
kacau rata dan masukkan air panas mendidih..
kacau rata dan kalau berbintil2 kena tapis dulu ye..
boleh kukus dalam bekas plastik yg kita isi makann tapi kena sapu minyak dululah yer..
masa kukus kena tutup adunan dengan aluminium foil supaya tak menitik air wap atas kek..

selamat mencuba bagi sesiapa tergerak nak wat.. ^_^

Kenalan yg tercipta..

assalamu'alaikum w.b.t dan salam sejahtera..
kali ni nak kongsi mengenai kenalan2 yg Allah takdirkan diri ni bersama mereka untuk berkongsi ilmu dan pengalaman..

Masa skola menengah dulu..saya ada beberapa kawan yg rapat..memang kami ni satu kepalalah..mmg salu berkongsi suka bersama..duka tu susah ckit nak ckp sbb bila kami bergaduh..kami lebih suka mengasingkan diri dan muhasabah diri sendiri..pelik kan cara kami??he3..tapi tulah uniknya kami..walaupun begitu , ikatan persahabatan kami sentiasa erat..memang saling menolong kalau ada masalah..lagi2 bila ada masalah kehidupan mahupun pelajaran.. riindduu pada mereka..kini mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang masing2..semua keluar nanti jadi siswazah..tahniahlah pada mereka.. (^^,)


wajah2 nilah yg menjadi teman hidup di zaman persekolahan.. kenangan kita bersama akan sentiasa di ingati..

Seterusnya adalah zaman matrikulasi..tempat yang banyak memberi pengajaran dalam hidup..memang tak dapat disangkalkan..di sana saya banyak mendiamkan diri di kelas..saya rasa itu bukan diri saya..saya sangat pasif dan banyak perkara berlaku pada diri..seperti dalam post saya sebelum ni..jadi pada hujung minggu saya keluar berusrah dengan kawan2..kawan2 yg banyak memberi saya kekuatan disana..alhamdulillah Allah pertemukan saya dengan mereka..saya belajar apa itu kehidupan dan bermulalah saya sedikit2 untuk menjadi lebih baik..bertemu kami kerana Allah, berpisah kami juga kerana Allah ..insyaAllah..persahabatan yg amat indah saya rasakan..saya rasa sangat bahagia dengan takdir ini walaupun kepahitan kehidupan mengiringi ketika itu.. ^_^ kepada roomate tersayang..atira dzakir..anda juga amat dirindui..kenangan dlm bilik kongsi cerita bersama, kongsi rahsia bersama..rinduu saat tu..



Di kolej sains kesihatan bersekutu pula, saya dpertemukan pula dengan kawan2 yg happy go lucky..roomate saya sendiri..walaupun org asli,tapi kalo sesiapa melihat dia..kalah org2 asli yg anda bayangkan..membesar di KL..jadi dia lebih berfesyen dan baik hati..pengajaran kehidupan yg dialami memberi pengajaran buat diri..akk Liliyen..seorang yg happy dan sentiasa bersama diri..ketika saya sedih, dia akan turut sedih..jika saya menangis dia turut menangis..mmg kami sangat rapat seperti akk dan adik..di sini juga saya meneruskan usrah IKRAM..di kolej ni, saya berusrah dengan fisio dan dan rakan sekelas..banyak ilmu dpt kongsi bersama..

semoga perhubungan yg terjalin akan berkekalan hingga ke syurga..semoga kita semua dirahmati Allah dan dlm redha Allah selalu..tima kasih atas segalanya dan maafkan diri ni atas segala silap dan salah..SAYANGG SEMUA KERANA ALLAH..