Apa itu Jurupulih Carakerja?? jika saya kata saya dalam bidang ni pada kawan-kawan mahupun orang luar,pasti mereka akan buat muka pelik dan tertanya2 mengenai bidang ini..ada itu akan kata.."fisioterapi ker? awak urut2 org tu ker? nursing ker? " memang ayat2 ni dah sebati dengan diri ni dan kawan2 lain..kadang2 bila kita dah explain, mereka ttp kata benda yg sama..aduhai..bila dah malas nak layan..kadang2 ckp je.."a'ah..lebih kuranglah tu.."
Mula2 dpt bidang ni..ayah dan emak tertanya2 juga kos ni..jarang dgrlah katakan...Oleh itu, tergerak hati dan jari jemari ni nak menulis mengenai bidang ini..
Jurupulih Perubatan Carakerja atau
Occupational Therapy ini adalah suatu kerjaya yang memberi fokus kepada rawatan pemulihan ke atas individu yang mengalami kecacatan anggota, gangguan mental, berpenyakit dan uzur untuk menjalani kehidupan berdikari , produktif dan bermakna.
Antara desripsi tugasnya pula adalah :
- menyedia dan mengendalikan program rawatan yang disesuaikan dengan keperluan pesakit bagi mempertingkatkan keupayaan pesakit dlam menjalankan aktiviti harian.
- mengendalikan penilaian dan mencadangkan pengubahsuaian yg perlu ada kediaman , persekitaran dan tempat bekerja untuk membolehkan pesakit hidup berdikari.
- memberi presktipsi dan latihan menggunakan alat-alat bantuan sementara / kekal berdasarkan keperluan pesakit.
- memberi pendidikan , nasihat serta cara penjagaan yang berkesan dan selamat kepada pesakit , ahli keluarga dan penjaga.
Masih belum dapat gambaran mengenai bidang ini? saya sediakan sedikit gambaran mengenai department OT dimana tempat saya melakukan praktikal..
|
ini adalah pintu masuk department..bawahnya pula adalah tempat menunggu bagi pesakit2 mendapatkan rawatan sambil ditemani keluarga dan buku itu pula adalah buku daftar pesakit2 yang mendaptkan rawatan. |
|
sebelah kanan gambar bahagian atas dan bawah adalah antara rawatan ransangan sensori yang akan diberi kepada pesakit2 kanak..bahagian atas sebelah kanan pula adalah bahagian kami menjahit sleeve, glove, pants, baju kepada pesakit2 burn yg dipanggil pressure garment..kiranya dalam kos ini perlu basic menjahit juga :) tetapi bagi yg tiada akan diajar..bawahnya pula adalah bekas untuk kami membentuk splint.. |
|
ini adalah bilik fizikal dimana kami memberi rawatan kepada pesakit2 yg alami masalah neorologikal,ortopedik dan surgical menjalankan rawatan..barang2 tersebut akan diberi kepada pesakit bagi meransang penigkatan julat pergerakan sendi supaya pesakit dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa.
Ada 1 bilik lagi saya tidak sempat nak menangkap gambar untuk dijelaskan..tapi anda pasti dapat gambarkan kerana bilik tersebut adalah seperti sebuah dapur yg terdapat segalanya2.. kami memanggil bilik tersebut sebagai bilik IADL (Instrument Activity Daily Living)..
OT ni lebih kepada kita ingin mengembalikan semula kefungsian pesakit dalam melakukan aktiviti seharian dengan keadaan dan limitasi pesakit setelah mendapat kecederaan mahupun kemalangan..kami juga akan memberi aid dan adaptation kepada pesakit2 yg dirujuk oleh doktor untuk memakainya..
| . | | |
|
|
|
|
|
|
|
|
salam , kak saya nak tanya . kak ambik bidang fisioterapi ni dimana ? SPA ke ? tq kak :)
ReplyDeletesaya tolong jawabkan, penulis ambik bidang ni melalui SPA
ReplyDeleteSoaln apa yg ditanya smsa temuduga..sbb sy dpt tawarn ni..
ReplyDeletekalau x silap perbezaan fisioterapi dan juruterapi cara kerja... itu antaranya lah
ReplyDeletepakaian dia masa kerja mcm mne rupenya?
ReplyDeletePkaian mcm biase..pkai yg mnutup aurat..dan kita kena pakai white coat mcm doktor selalu pkai tu..
ReplyDeleteApa lg info?plz nak dkt interview ni
ReplyDeleteApa lg info?plz nak dkt interview ni
ReplyDeleteInterview 21hb oct ni... diberi pilihan antra x-ray dgn juruterapi cara kerja ni... pening nk pilih... info xbyk... sukatan pelajaran die mcm mna? Sbb sy basic science je dlu...
ReplyDeleteOt ni luas,secara holistik kite akn tgk kondisi pesakit tu.so kalau suke cabaran come & be an OT.
ReplyDeletesaya berjaya temuduga separah perubatan gabungan 8 jawatan tempoh hari. sy dpt tawaran latihan untuk jawatan OT.
ReplyDeletenak tnya apa sukatan pelajaran semasa latihan nnti? saya dari sekolah teknik ambil bahagian vokasional, senang ke nak angkat kos ni?
Meh saya tolong jawab... Masa saya belajar lebih kurang 10 tahun lepas, antara subjek2 yang kitorang ambik adalah:
ReplyDelete-Introduction to OT.
-Health psychology.
-therapeutic activity.
-Anatomy & physiology.
-Orthopedic and medical condition.
-Neuroscience.
-Kinesiology .
-Social and industrial legislation (OSH).
-Ergonomic.
-Pediatric condition.
-Geriatric.
-psychiatric condition.
-Assessment and intervention.
-developmental psychology.
-Work rehabilitation.
Ini antara subjek2 yang saya belajar.... Mungkin banyak lagi yang tertinggal kot.... ������
saya nak tanya apa perbezaan ot dan fisioterapi?
ReplyDeleteSeronok membaca . Dan saya rasa kerja INI amat mulia.
ReplyDeleteSalam.. Maaf sume yg bertaye & x berjawab.. Blog ni dah x aktif bertahun dah dsebabkan ad has yg x dpt dselesaikan utk masuk blog ni balik.. Sbrg pertanyaan blh pm sy d fb.. Mana sy boleh tlg, sy Cuba..
ReplyDeleteApa fb awam ye
DeleteApa nama fb awak ye
DeleteAssalam , saya mahu tanya , saya akan ditemuduga dlm bidang ini . Jadi , apa persediaan yg perlu saya lakukan yer ?
ReplyDeleteAssalamualaikum , dalam bidang ni untuk latihan kan. Kalau ibu mengandung dapat tawaran ni bole ker ?
ReplyDeleteTeruja rasa bila baca blog mengenai OT. All the best awak. Happy juga baca ramai org komen nak tahu lebih lagi mengenai OT. saya juga merupakan seorang OT dan sekarang bekerja di bidang kanak2 di sebuah therapi centre di nilai. Apa yang saya boleh katakan, menjadi seorang OT perlu kuat dari banyak aspek terutama mental. Sebab kita bukan sahaja deal dengan pesakit, malah kita juga perlu deal dengan ahli keluarga dan rakan yg terdekat. To be honest bidang ni sangat menarik dan byk benda boleh belajar sbb OT cover banyak peringkat umur. Jadi sesiapa yg berminat nak apply OT, sngt dialukan 😍
ReplyDeleteWahhh,menariknya!Saya juga tak sabar untuk mempelajari bidang OT ini hehe, Alhamdulillah saya telah lulus temuduga latihan separa perubatan dan mendapat tawaran latihan jurupulih perubatan cara kerja☺️
Delete