Saturday, 13 April 2013
Air dan perempuan itu yg harus di jaga...
Dah lama tak kongsi cter ni..hari jumaat masa tu saya ada camping dgn pesakit2 psikitrik kat Ulu Bendul..balik tu pergilah terminal One Seremban..memang haus sangat masa tu..semua pesakit dah balik baru kami pulak pulang..masa tu g satu kedai ni yg macam cool blog..masa tu nak beli air teh bunga n bean.
Tengah dia wat air tu , org tu merasa air tersebut dengan sudu..lepas tu ingatkan dia akan tukar sudu tu rupa2nya dia celupkan balik sudu tu kat dalam air yg nak dibeli..3 kali dia wat benda tu..hu3..geli pulak masa tu ..kawan sebelah masa tu tak perasan sangat org tu wat macam tu..lepas bayar tu saya ckp kat kawan yg saya tak nak air tu..saya cakap saya nak buang terus..kawan masa tu dah angin sbb saya tak nak minum air tu..saya cakap sbb yer..lepas tu dlm perasaaan geram dia pulak buang sekali air tu..
Dalam perjalanan balik menaiki teksi , saya terfikir..kejadian tadi boleh dianologikan sebagai sebagai seorang insan yg ingin mencari pasangan hidup..dapat bayangkan tak mcm mana?begini..air yang ingin dibeli tu diibaratkan sebagai seorang perempuan dan kita yg ingin membeli tu pula adalah seorang lelaki yg ingin memilih mahupun memperoleh perempuan untuk dijadikan pasangan hidup..kalo ikutkan kejadian yang berlaku..adakah air tersebut masih terpelihara? Sudah tentu tidak kan…
Anda bayangkan..kita inginkan sesuatu yg menjadi hak milik kita seorang.bukannya berkongsi ataupun mengambil orang lain punya..air tadi telah dirasa oleh orang lain sebelum kita merasainya dahulu..adakah anda suka demikian?sudah tentu tidak kan??sbb apa? Sebab ia bukan istimewa dan bukan hak milik kita yg mutlak lagi…
Di sini saya ingin memberitahu bahawa..kepada perempuan-perempuan di luar sana…jagalah maruah dan harga diri anda..peliharalah ia dan jangan mudah memberi kepada yg bukan haknya..ingat ya..jika anda mudah sangat memberi kepada orang lain, harga diri anda dan maruah sudah berkurangan..jagalah diri dan berilah kepada yang lebih berhak milikinya dalam hubungan yg diredhai Allah..
Sekian..wassalam… (^^,)v