Hari ni nak wat perkongsian ttg seorang pesakit ni..rasa kagum dengan dia..beliau adalah seorang pesakit tetraplegia..apa itu tetraplegia? kalo nak tahu ,tetraplegia ni pesakit tidak mampu untuk bergerak ..hanya bahagian atas je boleh gerak..kawalan untuk membuang air besar dan kecil pun tak boleh nak kawal..susah kan...tapi pesakit ni...sangat tabah menghadapi penyakit ini..
Tabik spring gak kat pesakit ni..jika ditanya perasaannya..dia akan kata dia terima sakit itu seadanya..malah dia gembira dengan keadaan dia sekarang..
Kadang-kadang bila fikir semula..kalo Allah nak beri kita musibah..secara kita tidak sedar atau jangka ia akan berlaku begitu sahaja. begitu juga pesakit ini..mulanya kisah hidup dia adalah selepas SPM dia tidak sedar bahawa dia ada ketumbuhan..selama 2 atau 3 bulan dia koma..sedar-sedar dari koma dia hilang ingatan...kalo kita ditempatnya agaknya apa reaksi kita?
Bayangkan segala kenangan manis dan pahit kita yang ingin kita jadikan kenangan pergi begitu sahaja tanpa kita inginkan..agak-agak sedih dan tertekan tak hidup kita?
Bagi pesakit ni ..semuanya ia terima..periang dan ceria sahaja pesakit ni..jikalau dia tidak mendapat penyakit ni sudah pasti dia akan menjadi seorang yang berjaya..seorang yang sangat suka menulis lagu, mendengar lagu, dan menari zapin..semasa ingin diberikan rawatan..(meningkatkan daya ingatannya) dengan membaca dan melihat filem pendek, seterunya ditanyakan soalan...dia menghadapi kesukaran dalam mengeja.kesan daripada penyakit yang dialami..
Semasa itu, saya ada berikan kata semangat padanya...dia kata mungkin dia dpt penyakit ini kerana dia ada banyak dosa..jadi saya berikan kata perangsang..
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya
melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon
yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Tersenyum dia mendengar..dalam hati ni..ya Allah..sangat kagum padanya..tabahnya dia..hingga diri ni terasa kerdil kerana diri ni amat banyak dosa yang terkumpul...
Semoga pesakit ini akan selalu dalam rahmat Allah dan berjaya dunia dan akhirat.. ^_^
Tuesday, 22 January 2013
Saturday, 19 January 2013
RINDUKU PADA KEKASIH ABADI....
Hari ini sy pergi berjalan mengahabiskan masa hujung minggu di One Segamat..awal pagi lagi sy dan rakan dah pergi bertolak ke sana dengan niat nak pergi tgk pawagam bersama rakan2 sekolah dahulu..setelah menunggu beberapa jam barulah kawan sy tiba di sana..pawagam masih lagi tidak buka..sepatutnya kata orang yang berkerja disana buka pada pukul 11 tapi jam dah menunjukkan pukul 12 lebih..ramai lagi pelanggan lain yang marah2 dengan pengurusan tersebut..notis pun tak ditampal untuk memberitahu masalah yang timbul.
Setelah agak lama menunggu di sana,kami mengambil keputusan untuk berjalan2 di dalam shopping complex tersebut..semasa menunggu untuk pawagam tersebut di buka..rakan2 ku menghabiskan masa dengan bermain game yang memerlukan token..tulah 1 kali sy masuk sana..agak bising dan memeningkan kepala dengan keadaan dalam tersebut..tapi sy agak gembira melihat rakan2 sy yang gila2 ni..sportingnya mereka dan cara mereka untuk mengurangkan tekanan dengan cara mereka begitu..bila sy fikir2 kan balik..semua yg sy rapat semuanya amat suka bermain game dan melihat cerita kartun..amat bertentangan dengan diri sendiri..kartun dan game memang jauh dari diri sy..agak2ye nanti pasangan hidup sy pun begitu juga tak??(tiba2 terfikir ke arah tu..ha3)
Oleh kerana sy belajar dan bakal bekerja dengan memahami orang lain, sy belajar kehidupan yg lain dari hidup sy..Allah tu pasti akan ajar kita dengan berbagai cara kan? Alhamdulillah..sy banyak belajar dari pengalaman sekeliling..dengan keadaan sy yang ABC pastilah banyak amalan yang terbatas..sampaikan sy terasa jauh dengan Dia..ya..Allah yang Maha Pengasih..
Oleh kerana sy tidak selesa dengan keadaan yg bising tersebut dan agak gelap, sy keluar berjalan ke tempat lain..akhirnya Allah membawa sy ke kedai buku Popular..terdetik hati sy pada waktu itu apabila tiba di bahan bacaan Islamik.."Ya Allah..aku terasa jauh dengan Mu..apa yg aku telah lakukan selama ni..tak banyak amalan yg hambaMu ini lakukan..banyak dosa yang telah hambaMu ini lakukan..tapi Kamu tetap memberi segala harapan padaku...aku rasa akulah hamba paling hina..setiap pagi Kamu bangunkan aku dengan memberi aku tubuh badan yang sihat untuk aku menebus dosa ku..Kamu selalu memberi kelapangan dan keampunan..AKU RRRIIINNNDDUUUUU PADA MU YA ALLAH....kadangkala kamu memberi rezeki itu daripada sesuatu yang tidak disangka2 oleh diri ni.."
Benar firman Mu dalam surah al-Talak..ayat akhir 2 dan ayat 3 iaitu...."
".........barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan Membukakan jalan keluar baginya..Dan Dia Memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah ,niscaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya ,Allah telah Mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.."
Dulu kalau hujung minggu sy akan pergi berusrah dengan rakan2 buat bulatan gembira..tapi sekarang oleh kerana praktikal, sy tidak dapat melibatkan diri lagi..sy tahu ini tidak boleh dijadikan alasankan?? sekarang sudah tiba masanya untuk sy berdikari untuk mendekatkan diri pada Illahi..semoga Allah memberi petunjuk buat diri ini..
"Ya Allah..janganlah Engkau pesongkan hati ini setelah Engkau memberi petunjuk pada kami..tetapkanlah iman kami pada jalanMu dunia & akhirat..aamiiin ya rabbal aalamiin.."
Thursday, 17 January 2013
KeTuKaN HaTi
Pertama kali symenjejakkan kaki ke tanah perkuburan setelah
beberapa tahun sy tidak menjejakkkan kaki lagi ke tanah tersebut. Melihat tanah
perkuburan yang masih merah mengetuk pintu hati dan fikiran sy ke atas apa yg
berlaku. Apa agaknya yg terjadi nun di bawah sana?adakah malaikat munkar dan nakir tgh
menyoal siasat? sy hampir menitiskan air mata apabila memikirkan apa yg telah diri ni buat selama ni…
Ya Allah padaMu sy memohon keampunan atas apa yg telah dilakukan. Selama ini sy leka dgn urusan dunia dan sy lalai menunaikan
tanggungjawab sy sebagai hambaMu…selama sy hidup dan melakukan kesalahan Engkau
tidak pernah menghukum dri ni dgn azabMu yg keras….malah Engkau limpahkan nikmat dan rezeki agar diri ni sedar
akan segala nikmatMu ini dan bersyukur kepadaMu..Engkau memberikan peluang
menghirup udara Mu agar diri dapat menebus segala kesalahan yg telah dilakukan..
………………………………………………………………………………
Apabila seorang insan yg kita kita sayangi telah pergi,
barulah kita sedar kesilapan kita…cuba bayangkan apabila kita turut
sama mengiringi mereka tidak lama lagi….adakah kita sudah cukup bersedia untuk
menghadapinya..dengan dosa yg tertanggung di bahu dan kesalahn yg kita lakukan
sama ada kita sedar dan tidak…..tidak terhitung banyaknya dosa yg telah kita
lakkukan…
Pernah sy bermimpi ahli keluarga sy meninggalkan dunia
ini..ya Allah cukuplah dengan mimpi itu sahaja dapat membuka fikiran betapa
pentingnya orang yg tersayang disekeliling sy yg telah dipinjamkan oleh
Mu….pada waktu itu, sy hanya dapat berfikir bahawa..sy belum sempat memohon
maaf pada merka..bila kita akan berjumpa semula??di akhirat kelak??adakah kamu
akan mengenal dir ni ketika itu??SubhanaAllah…
Mcm mana keadaan diri di dalam kubur kelak?? Berseorangan 7
kaki di bawah tanah…ditinggalkan seorang diri..diikat dgn kain kapan…dan
dikebumikan dengan ruang yg sempit dan akan tinggal di situ selama2 ny
hingga di akhirat kelak..pada waktu itu diri hanya akan ditemani oleh ulat2 yg
memakan daging di tubuhku..
"Ya Allah aq hanyalah hambaMu yg lemah dan kerdil..maafkanlah dosa yg telah kami lakukan dan akan datang…janganlah Engkau murkai aq selama aq hidup dan ampunilah dosa seluruh kaum keluargaku..kami memang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan ..dan kepadaMulah kami memohon harapan..janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau berikan kami petunjuk…bantulah kami ketika kami goyah dan kuatkan iman kami kepadaMu..kepada Engkaulah kami mohon harapan.